CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

Tempurung Pecah: Antara manusia, politik dan filem Melayu

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
AKU selalu cuba mencari erti kemanusiaan di dalam setiap filem aku. Setiap dialog yang diucapkan semestinya mempunyai maksud yang berat, di dalam penyampaian yang maha ringan. \rSeperti erti kemanusiaan itu sendiri, yang aku rumuskan menerusi pengembaraan hidup aku dari kecil - hidup manusia ini sangat mudah disediakan oleh-Nya, namun begitu berat manusia menghadapinya.\r\n\n\n\n\rAku impikan kehidupan dan penceritaan yang senang diterima masyarakat. Yang mudah dihadam dan disedut hingga ke hampas zatnya. Memahami dan tersenyum gembira di akhir filem, itulah niat aku dalam setiap akhir persembahan. Sebagai pembikin filem, kemanusiaan harus kental di dalam setiap babak dan syot walaupun semudah mana adegannya, sebodoh mana zombi itu. Tiada patah ayat dilontarkan tiada maknanya.\r\r\n\n\n\n\nDi mana politik di dalam kesemua adunan ini? Apa kena mengena politik dengan filem aku? Politik yang berasal daripada perkataan Greek \'politikos\' bermaksud perihal mentadbir dan hal ehwal berkaitan dengan rakyat. \rBesar maknanya itu. \"Merangkumi hampir kesemua aspek kehidupan kalau macam tu!\" kata Mail Lambak sambil menghirup secawan kopi O di warung Cik Mah Kantin. Pak Brahim mengangguk setuju lalu mengalih pandangan pada Ahmad Remy, selaku Ketua Cawangan Parti Kampong Pisang.\r\"Saya minta pertahankan barisan exco kita untuk penggal ini saja Pak Brahim. Segala kesulitan saya sedia bantu. Katakan apa saja Pak Mail!\" kata Ahmad Remy penuh makna. Seluruh warga warung mengangguk memahami setiap patah perkataan itu.          \rBegitulah adegan selit politik jika aku \'memfilemkannya\'. Politik di dalam maksud yang biasa difahami oleh golongan mudah dan tidak sophisticated. Politik cuma di daerah penguasaan autoritatif, bukan untuk kemanusiaan sejagat. Mengapa begitu mudah kefahaman pembikin dan penonton filem jika isu politik yang ingin dipersembahkan? Kerana budaya kita sendiri yang mengajar kita supaya tidak menceritakan karya yang lebih besar di dalam pendekatan isu politik negara. \r\n\n\n\n\rBudaya kita tidak setajam niat yang wujud di dalam bait penceritaan filem All the President\'s Men lakonan Robert Redford dan Dustin Hoffman arahan Alan J Pakula pada tahun 1976 itu. \rFilem itu bercerita mengenai bagaimana dua wartawan daripada akhbar The Washington Post iaitu Bob Woodward dan Carl Bernstein berjaya menjatuhkan Presiden Richard Nixon pada tahun 1974 selepas membuat satu isu yang menggemparkan Amerika Syarikat, iaitu Skandal Watergate.\rBegitu juga dengan pembikinan filem Gandhi oleh Sir Richard Attenborough pada tahun 1982. Aku tahu setiap niat dan pelaburan filem itu berbau politik mainan studio besar dunia. \rNamun aku kaji akan kebebasan budaya mereka memfilemkankan perihal sesebuah negara dan pemimpinnya. Tanpa ada rasa takut di tapis oleh sesebuah lembaga. Mereka bebas memasukkan isu panas dan tidak berasas mengikut kemahuan sendiri atas keperluan elemen dramatik filem itu.\rNamun negara kita tidak seburuk Amerika. Tidak seburuk niat pembikin filem warga negara British. Tiada perlu kita menyuarakan keinginan untuk memaparkan filem politik kerana itu hanya akan disukai oleh sebuah pihak saja. Tidak kira di pihak mana, filem dunia politik kita, jika ada, hanya didokong oleh pihak yang tidak seimbang. Tidak lari daripada persamaan niat studio besar dunia milik Yahudi.\rFilem seharusnya melekat ke dalam diri menonton. Gembira, duka, kecewa dan hampa ialah bukti kewujudan filem itu. Suka tidak bermaksud baik, benci bukan bermakna gagal. Pokoknya, adakah kita faham mengenai isi dan hiburan yang dipolitikkan oleh pembikin, pengulas dan penontonnya?\rBegitu mesra rangkaian kemanusiaan, politik dan filem yang cuba aku rangkum menjadi satu fahaman dengan maksud mematangkan aku dalam menghasilkan sesebuah filem aku itu. Berpolitik menerusi filem. \rBeri aku sebuah tajuk filem Melayu dan aku boleh menghuraikan isi politik yang tersirat di dalamnya. Dengan niat mahu pun secara tidak langsung oleh pembikinnya. \rBegitu kuat pengaruh politik di dalam kehidupan kita yang semakin rumit dicari ini. Sejauh filem Penarik Becha arahan Tan Sri P Ramlee (Allahyarham) pada tahun 1957 hinggalah ke filem yang paling terkini, bersepah isu politik di dalamnya. Dan jika kita pecahkan tempurung kepala ini mencari makna dan pendekatan politik di dalam sesebuah filem itu menuju ke jalan buntu, maka filem itu ternyata hanyalah sebuah karya ringan yang tiada perlu kita berdebat mengenai kewujudannya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.037615 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list