View: 236|Reply: 0
|
Atlit olahraga Sarawak gagal pertahan rekod
[Copy link]
|
|
IMPIAN juara bertahan, Sarawak mengatasi pencapaian tahun lalu dalam Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) tidak kesampaian apabila sekadar meraih 21 pingat emas, 17 perak dan 15 gangsa pada edisi ke-53 yang berakhir di Ipoh, semalam.\rKontinjen Bumi Kenyalang itu yang mengutip keseluruhan 24-20-15 di Johor Bahru, tahun lalu menamatkan cabaran dengan hanya enam emas dan enam perak pada hari terakhir kejohanan.\r\n\n\n\n\r Apa pun, kebangkitan dramatik atlit Sabah dan tuan rumah, Perak mencuri tumpuan apabila masing-masing menamatkan di tempat kedua dan ketiga - sekali gus memintas Kedah dan Terengganu.\r\r\n\n\n\n\n Sabah meraih lima emas dan dua perak manakala Perak memenangi tiga emas dan tiga perak untuk sama-sama terikat dengan sembilan emas tetapi Sabah mengatasi tuan rumah dari kelebihan pungutan pingat perak apabila mengutip 12 berbanding 10 oleh Perak.\rPerak ceria apabila atlitnya, Nor Hazwani Abd Haris dinobatkan Olahragawati Terbaik di atas kejayaan mencatat rekod baru acara 800m lari berpagar serta muncul juara 200m perempuan 12 tahun.\rAtlit Kedah, Ku Amir Syazwan Ku Sharif diisytiharkan Olahragawan Terbaik Lelaki atas kejayaan mencipta rekod baru acara 400m. Tujuh rekod baru dicipta dalam kejohanan ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|