View: 159|Reply: 0
|
'Kau siapa haaa?' identiti Nasir
[Copy link]
|
|
\'Kau siapa haaa?\' identiti Nasir Oleh Rozdan [email protected]/05/26\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPilih watak sesuai usia, karakter lebih impak\rIMPAK daripada watak Amir yang berkarektor dan sering melemparkan dialog \'haaa..\' atau \'kau siapa haaa..\' dalam filem arahan U-Wei Shaari, Perempuan Isteri dan .... pada tahun 1993 melonjakkan nama Nasir Bilal Khan dalam industri perfileman.\r\n\n\n\n\rKesannya sehingga sekarang tetap dirasai di kalangan pelakon generasi baru, yang tidak terkecuali mengagumi pembawaan watak yang cukup meninggalkan kesan itu. Kini karektor itu menjadi bahan ajukan atau modal generasi baru membuat lawak dengan meniru gaya percakapannya. \r\r\n\n\n\n\nNasir yang ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Tanah Kubur baru-baru ini mengakui dirinya tidak pernah terasa tersinggung dengan ajukan dengan menjadikan karektor itu sebagai bahan lawak. \r“Saya tidak tersinggung dengan ajukan daripada orang luar malah menganggap impak lakonan saya di dalam filem itu meninggalkan kesan, namun tidak mahu merasa bangga walaupun ada yang menyatakan karektor itu menjadi.\r“Perkara lebih penting saya fikirkan adalah apa lagi benda yang boleh saya berikan kepada masyarakat. Orang nak kutuk atau puji saya tidak merasakan apa-apa lagi,” katanya yang turut memberi persamaan dengan pelakon Barat, Al Pacino turut menjadi usikan dengan karektornya. \rNasir tidak nafikan karektor itu adalah impak daripada filem Perempuan Isteri dan ... yang menganggap penonton tersilap menilai karektor dirinya sebenar.\r\n\n\n\n\r“Mereka sebenarnya silap faham, watak itu adalah watak yang tertulis, dan bukan diri Nasir Bilal Khan yang sebenar. Nasir Bilal Khan tidak bercakap hujungnya ‘haa..’ atau ‘kau buat apa ni haaa..’\r“Namun tidaklah saya menyalahkan sesiapa di dalam hal ini, anggaplah inilah kerja sebagai anak wayang menghasilkan sesuatu karya untuk pengajaran kepada diri sendiri dan masyarakat,” katanya sambil tersenyum.\rSepanjang 30 tahun pembabitannya di dalam industri perfileman, anak kelahiran Negeri Sembilan ini sudah berlakon melakonkan lebih 10 filem dan puluhan drama. Bersama pengalaman itu juga, Nasir sudah merasai pelbagai karektor sehingga pernah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam lakonan.\r“Dari segi kepuasan saya sudah membawakan pelbagai jenis karektor tapi saya lebih suka karektor orang kampung seperti dalam drama Tanah Kubur ini. Jika dulu memang kita ghairah untuk melakonkan pelbagai watak tetapi kini tidak lagi.\r“Tibalah masanya saya melakonkan suatu watak yang dapat memberi pengajaran. kata orang saham akhirat perlu dibekalkan juga. \r“Saya sebenar tidak pernah fikir watak apa yang saya impikan. Apa yang saya fikirkan adalah bagaimana mahu berkomunikasi dan menyumbang kepada masyarakat, begitu juga dengan karektor yang tidak pernah mengimpikan apa-apa,” katanya.\rSejak itu, Nasir akui sesuatu tawaran drama atau filem yang diterima daripada pengarah dan produser bukan harus melalui proses uji bakat.\r“Kebanyakan pengarah drama atau produser tempatan sudah mengenali karektor Nasir Bilal Khan dan biasanya tawaran berlakon itu diterima tanpa saya melalui uji bakat,” katanya lagi.\rBuat masa ini belum pernah lagi pengarah memanggilnya untuk uji bakat dan sekiranya berlaku mungkin mereka mungkin masih tidak mengenali karektor dirinya dan dia juga tidak berminat untuk berlakon bersama pengarah atau produksi terbabit.\r“Saya anggap mereka tidak pernah mahu mengambil tahu mengenai drama Melayu tempatan. Saya selalu dilihat berlakon di bawah arahan Rashid Sibir, sebenar kalau kita kenal seseorang itu dan mereka mengenal saya, pekerjaan itu lebih memudahkan. \r“Kami serasi dan saling memahami apa yang pengarah mahu dan sejauh mana kemampuan pelakon itu memberikan,” katanya.\rTidak cerewet selagi tak menyusahkan\rBercerita mengenai kehendak dan cita rasa karektor yang diimpikan, Nasir tidak mahu terlalu cerewet sehingga menyusahkan pihak lain. Berterus terang dan menolak secara baik adalah sifat terpuji dalam masyarakat Melayu. \rWalaupun menerima tawaran berlakon filem, tetapi dia menjelaskan setiap peranan atau watak yang hendak dimainkan perlu dikaji dengan mendalam bersesuaian dengan usia serta kemampuannya.\rBagi Nasir, sekalipun ditawarkan dua atau tiga babak, ia memadai kalau setiap babak itu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. \r“Pada usia kini saya harus mengenali dulu karektor dan membaca skrip, apakah rangsangan dan apakah ada sesuatu di dalam skrip itu, saya tidak kisah walaupun hanya dua babak tetapi dia haruslah memperlihatkan kekuatan watak itu yang bakal saya bawa,” jelasnya.\rNasir juga berasakan seseorang pelakon yang mahu bertahan lama harus mempunyai ilmu, tanggung jawab dan disiplin yang baik kerana tanpa itu semua, kedudukan mereka yang terbabit dalam bidang ini akan terumbang ambing. \r“Kalau tidak ada disiplin, tidak ada ilmu dan tanggungjawab, perjalanan kerjaya kita sebagai pelakon jadi susah. Sepanjang 30 tahun berlakon, saya akan habiskan satu kerja itu sebelum menerima tawaran lain. Itu disiplin dan tanggungjawab kita. \r“Saya hairan dengan sikap ghairah mereka, jika benar mereka boleh buat dengan baik saya memang tabik usaha mereka. \r“Buat masa ini saya belum pernah berhadapan dengan sikap artis baru yang berlagak dan menyombong di hadapan saya, mungkin mereka tidak berani, tetapi saya juga banyak mendengar daripada artis senior yang lain mengadu perkara yang sama,” katanya.\rSelain berpuluh drama yang dibintangi sepanjang hampir tiga dekad menjadi pelakon, Nasir juga turut membintangi filem Gentayangan (2011), Misteri Dendam Balan Balan The Movie, Eee...Hantu!!!!!, Misteri Jalan Lama (2011), Niyang Rapik (2010), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pesona Cinta, Amok (2005) dan Perempuan, Isteri dan.....(1993).\rMalahan berkat disiplinnya dalam bidang lakonan menyebabkan Nasir turut diberi pengiktirafan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di festival Filem Malaysia ke-11 pada tahun 1994, Pelakon Lelaki Terbaik (Kategori Drama) Anugerah Skrin 1997, 1998 dan 2005.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|