CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Berkuasanya sebatang saksofon

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Alunan instrumental daripada tiupan Kenny G mengkhayalkan pendengar \rSIAPAPUN yang pernah menyaksikan persembahan, pasti tidak boleh menafikan kelebihan Kenny G yang meniup saksofon sambil bernafas secara normal dan itu adalah bakat anugerah yang tidak ramai memilikinya.\r\n\n\n\n\rAtas kelebihan itu jugalah, Kenny berjaya mencipta nama serta dikenali di seluruh dunia hanya dengan sebatang saksofon ajaibnya.\r\r\n\n\n\n\nHal itu didedahkan ketika mengadakan persembahan pada konsertnya di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Selasa lalu.\rDemonstrasi seminit yang didedahkan dengan meniup saksofon sambil hidungnya menyedut nafas sedalam-dalamnya mengagumkan hampir 3,000 peminatnya yang hadir pada konsertnya itu.\rMenerusi kelebihan itulah dia berjaya merentas ke seluruh dunia menghiburkan pencinta muzik terutama peminatnya.\rPengalaman menyelami muzik Kenny G pada konsert itu tidak lain seakan berada di alam muzik khayalan. Suasana pencahayaan yang suram ditambah suhu yang dingin memperlihatkan lagi keharmonian tatkala alunan muzik terkeluar daripada corong saksofon ditiup Kenny G.\r\n\n\n\n\rPembukaan persembahannya dengan limpahan cahaya berwarna-warni melayari latar pentas sambil ‘follow spot’ tepat menembusi susuk tubuh kecilnya, Kenny G memulakan dengan lagu Home dan Silhouette.\rSebelum meneruskan dengan koleksi lagu bertemakan percintaan dan kasih sayang yang cukup menyelinap di dalam jiwa, dia sempat menguji kecekapan berbicara di dalam bahasa Melayu.\r“Selamat datang, apa khabar semua, walaupun bahasa Malaysia saya tidak baik tetapi saya akan cuba yang terbaik,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada penonton kerana kelancarannya menghafal kesemua perkataan itu. Hakikatnya, memang ini bukan pertama dia membuat persembahan di Kuala Lumpur. \rSeterusnya Kenny meneruskan tiupan dengan tiga lagi koleksi lagu cinta seperti Forever In Love, Heart And Soul dan Rhythm And Romance.\rAlangkah tenang dan damainya penonton dibuai keasyikan dengan muzik gabungan jazz dengan rumba latin menerusi koleksi muzik sentimental daripada pemuzik yang kini sudah menjangkau usia 55 tahun.\rJika diperhatikan, apalah yang boleh dibanggakan sangat dengan bakat pemilik nama sebenar Kenny Goerlick yang hanya menghiburkan pendengar menerusi muzik, tanpa sebarang suara nyanyian ataupun kuasa penghibur yang mampu berkomunikasi dengan baik.\rNamun, uniknya bunyian yang lahir dari sebatang saksofon begitu menusuk di dalam jiwa setiap yang mendengarnya.\rSekali lagi Kenny G membuka bicara yang berbangga kerana dapat mengadakan konsert ketiga di negara ini selepas kali terakhir menawan puncak Genting dengan konsert Kenny G - Rhythm & Romance Live In Genting di Arena Of Stars, Genting Highlands pada April 2008. \r“Saya cukup berbangga dapat sekali lagi mengadakan persembahan di negara ini, sebelum ini saya baru saja selesai mengadakan konsert di Filipina baru-baru ini dan bezanya dapat mengadakan konsert di negara ini bersama peminat yang cukup menghargai saya.\r“Jika kamu semua ingin tahu, saya sering mengadakan konsert di seluruh dunia hanya dengan membawa saksofon ini (sambil menunjukkan saksofon di tangannya) tanpa beralih kepada saksofon lain.\r“Semua lagu yang dirakamkan ke dalam album saya juga menggunakan saksofon yang sama, saya menggunakan saksofon ini sejak saya masih belajar sehinggalah sekarang,” katanya.\rPada konsert itu, Kenny G tidak hanya menggunakan soprano saksofon, namun beberapa lagu menggunakan alto saksofon dan lagu Sade menggunakan tenor saksofon. Dia juga dibantu pemain muziknya yang bermain piano/keyboard, gitar, bass, drum dan alatan genderang.\rSelain itu, lelaki berambut kerinting paras bahu itu juga turut mempersembahkan lagu seperti  G-Bop, Saxoloco, Dying Young/Going Home, Pick Up The Pieces, Jasmine Flower, Drwing, Cadenza, Songbird dan lagu tema filem Titanic iaitu My Heart Will Go On. \rMenariknya pada kunjungan konsertnya kali ini, Kenny dengan bermurah hati mengadakan cabutan bertuah kepada peminatnya dengan menghadiahkan saksofon istimewa.\rSaksofon berwarna perak itu sengaja dipertontonkan diatas pentas sepanjang konsert berlangsung dengan dipancarkan lampu limbah untuk memperlihatkan pantulan kilatannya.\rGadis cilik berusia tujuh tahun adalah penonton bertuah yang berjaya memilikinya saksofon itu. Sebelum menyerahkan kepada pemiliknya, Kenny G sempat menyampaikan lagu berjudul Jasmine Flower kepada gadis cilik itu menggunakan saksofon yang sama sebelum menyerahkan kepadanya.\rINFO; Kenny G\rDilahirkan dan dibesarkan di Seattle. Mula jatuh cinta dengan saksofon ketika berusia 10 tahun. Selepas menonton aksi seorang pemain saksofon dalam siri Ed Sullivan Show, semangatnya terus meluap-luap sehingga menyuruh ibunya menyewa sebuah alto saksofon. \rKerjayanya sebagai pemuzik profesional bermula pada usia 17 tahun iaitu dalam 1976 apabila membuat persembahan Barry White. \rPemegang ijazah perakaunan dari Universiti Washington. \rPernah menubuhkan kumpulan berkonsep genre funk bernama Cold, Bold And Together sebelum beralih menjadi pemain muzik jazz fussion secara solo. \rPernah bekerjasama dengan penyanyi ternama seperti Aretha Franklin, Whitney Houston, Michael Bolton, Toni Braxton, Natalie Cole, Steve Miller dan Richard Marx. \rAlbum kelima Kenny G berjudul Breathless menjadi album instrumental paling laris di dunia apabila terjual lebih 15 juta unit. \rPada 1997, nama Kenny G tercatat dalam Guinness Book of World Records sebagai pemain saksofon paling lama meniup alat muzik itu. Dengan menerusi nota muzik E-flat, dia membuat tiupan selama 45 minit tanpa henti.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.276017 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list