|
BEBERAPA hari lalu, seorang kawan Cik Normah yang turut sama menonton filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof, bukan main tersenyum lebar apabila pulang ke pejabat. Katanya, walaupun dia bukanlah peminat tegar filem Melayu, tetapi filem terbitan Skop Production itu katanya memang menarik.\rTetapi di sini bukanlah Cik Normah hendak bercerita mengenai filem berkenaan, yang akan menemui penonton mulai 9 Jun ini, sebaliknya perihal seorang daripada pelakonnya, Ady Putra. \r\n\n\n\n\rMenurut kawan Cik Normah tadi, ketika dia sedang berborak bersama-sama teman yang lain, selepas majlis pratonton, dia tiba-tiba terdengar yang pelakon berasal dari Singapura itu ingin mengecilkan dan memantapkan lagi badannya yang sudah sasa itu.\r\r\n\n\n\n\nMaklumlah, kawan Cik Normah memang tidak terlepas memerhatikan badan Ady yang seksi itu tatkala dia menjayakan babak buka baju dalam filem KL Gangster. Walaupun sekejap saja, tetapi ia sudah cukup untuk menonjolkan otot-ototnya yang boleh dikira mantap.\rKhabarnya, Ady ingin menurunkan lagi beratnya untuk melakonkan watak budak pantai atau beach boy dalam sebuah filem baru. Kalau sudah namanya budak pantai, maka tentulah banyak adegan buka baju yang terpaksa dia lakonkan.\rFilem itu pula akan menjalani penggambaran dalam masa beberapa bulan lagi. Jadi, sempatlah dia mendapatkan bentuk badan yang diingini.\rSebelum ini pun Ady ada dedah tubuh dalam filem Hanyut. Tetapi filem berkenaan nampaknya belum mempunyai tarikh tayangan. Jadi, peminat kenalah sabar dan berpuas hati dulu dengan lakonan Ady dalam KL Gangster.\rApabila bercakap mengenai kesungguhan pelakon ini untuk menjayakan wataknya, termasuk menaik dan menurunkan berat badan, Cik Normah teringat pula pelakon Barat seperti Christian Bale yang sampai kurus kering dalam filem The Machinist. Mana tidaknya, dia kehilangan 27 kilogram berat badannya untuk menjayakan watak lelaki yang tidak boleh tidur malam itu. Begitu juga dengan Russell Crowe yang menaikkan beratnya sebanyak 23 kilogram lagi bagi filem The Insider.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|