CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

Dengarnya: Daphne nafi suami marah wartawan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BARU-BARU ini, Cik Normah memang perasan ada sebuah gosip yang disiarkan dalam sebuah akhbar mengenai seorang suami selebriti yang dikatakan meninggikan suara sambil menuding jari pada seorang wartawan pada sebuah acara.\rPerbuatannya itu dikatakan sungguh tidak profesional dan tidak beradab, apatah lagi wartawan berkenaan belum pun sempat menemubual isterinya. Waktu itu, jurugambar baru saja hendak merakamkan gambar selebriti terbabit, apabila si suami datang mendekati wartawan berkenaan dan ala-ala memberikan amaran supaya dia tidak bertanyakan sesuatu perkara kepada isterinya.\r\n\n\n\n\rMalu jugalah si wartawan terbabit apabila diperlakukan sedemikian rupa, di hadapan tetamu lain yang turut hadir pada majlis berkenaan.\r\r\n\n\n\n\nApabila diselidik, kejadian itu dikatakan membabitkan pelakon yang juga pengacara Bella, Daphne Iking. \rLalu, apabila Daphne muncul pada sebuah majlis lain baru-baru ini, beberapa wartawan dikatakan sudah mendekati personaliti popular terbabit dan bertanyakan hal berkenaan kepadanya. \rCik Normah difahamkan, Daphne menafikan suaminya marah kepada wartawan berkenaan. Sebaliknya, lelaki itu cuma bersikap tegas saja. Apatah lagi, suaminya itu katanya memang seorang yang tegas.\rKatanya lagi, cerita itu kononnya diperbesar-besarkan, sedangkan kejadian sebenar bukanlah seperti yang diuar-uarkan.\r\n\n\n\n\rCik Normah malaslah kat sini nak jatuhkan apa-apa hukuman, apatah lagi Cik Normah ini bukannya hakim. Cuma sebagai orang Timur yang kaya budi bahasa, Cik Normah rasa, kalau seseorang itu meminta dengan baik, pastinya orang akan menunaikan permintaan itu dengan baik juga.\rIbu bapa Cik Normah pun pernah berpesan, tidak rugi kita berbudi bahasa kepada orang lain walaupun kita tidak berapa mengenali mereka. Tegas itu bukan bermakna kita boleh meninggikan suara sesuka hati sebab ketegasan juga boleh ditunjukkan menerusi bahasa yang sopan.\rBanyak kali juga selebriti lain meminta Cik Normah supaya tidak menulis mengenai sesuatu perkara membabitkan mereka. Apabila mereka meminta dengan baik, Cik Normah pun tidak keberatan untuk menunaikannya. Itulah gunanya ungkapan ‘off the record’.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.049883 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list