View: 196|Reply: 0
|
Fragmen: Jangan abaikan hak penonton, pelanggan
[Copy link]
|
|
SEPANJANG seminggu lalu, ada beberapa perkembangan terbaru dan menarik mengenai dunia penyiaran terutama berkaitan televisyen negara kita. \rPerkembangan pertama ialah mengenai kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mengatakan kerajaan sedang mengkaji dan kemungkinan membuat penstrukturan Jabatan Penyiaran Malaysia - pastinya RTM. \r\n\n\n\n\rKenyataan kedua daripada Astro, stesen TV berbayar tunggal negara yang mengumumkan sehingga kini sudah mempunyai tiga juga pelanggan dan daripada jumlah itu, kira 54 peratus atau 1.7 juta daripadanya adalah pelanggan Melayu. \rPerkembangan ketiga ialah siaran TV AlHijrah akhirnya boleh diikuti menerusi saluran Astro 114. \r\n\n\n\n\n\rIa dilihat sebagai perkembangan menarik kepada penonton, tetapi pastinya persaingan yang agak ketat dalam kalangan pengendali stesen TV. Dengan kemunculan TV AlHijrah bermakna kita ada tujuh saluran TV yang sepatutnya percuma iaitu TV1 dan TV2, selain rangkaian TV di bawah kumpulan Media Prima Berhad (MPB) terdiri daripada TV3, TV9, 8TV dan ntv9. \rHakikatnya, walaupun percuma, tetapi untuk mendapatkan semua saluran TV itu, rakyat kena membayar atau dalam erti kata lain, menjadi pelanggan secara tidak langsung dengan Astro. Ini berikutan transmisi TV1, TV2 malahan TV3, TV9 begitu juga 8TV dan ntv9 tidak berkualiti dan kabur kalau tidak menggunakan pancaran satelit Astro. \rKita tidak tahu pihak mana yang hendak dipersalahkan. Realitinya penduduk di sekitar Pantai Dalam di Kuala Lumpur yang tidak jauh dari kompleks penyiaran Angkasapuri atau RTM menerima siaran TV tidak jelas, apatah lagi kalau di tempat lain. \rKita sering mendengar rungutan rakyat mengenai siaran TV yang tidak bermutu ini. Rungutan ini bukan saja daripada penduduk di desa, tetapi juga daripada rakyat di bandar atau pinggir bandar. \rSelepas kehadiran Astro, kita berasakan kementerian berkaitan seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) khususnya berkaitan dengan komunikasi seperti tidak bersungguh-sungguh untuk memperbaiki dan menaik taraf stesen pemancar TV. \rBukan semua orang berkeinginan menjadi pelanggan Astro kerana kandungan program yang disediakan oleh terestrial TV atau TV percuma seperti TV1, TV2, TV3, TV9, 8TV dan ntv7 juga bermutu, malahan kebanyakannya lebih baik daripada kandungan Astro sendiri. \rSementara itu, kita juga berbangga apabila kehadiran Astro semakin diterima penduduk negara ini. Jumlah pelanggannya yang semakin meningkat setiap tahun membuktikan melanggan saluran Astro bukan lagi dianggap satu kemewahan, tetapi keperluan kepada penduduk yang tidak mahu ketinggalan mendapatkan maklumat, selain berhibur. \rBagaimanapun, kita berharap Astro dalam mengimbangi antara kepentingan komersial dengan tanggungjawab sosial kepada pelanggannya. Ketika ini sudah ada iklan dalam beberapa saluran Astro. Justeru, ia harus ada batasannya dalam memasukkan iklan komersial ini. Astro harus sedar tanggungjawabnya dengan pelanggan membayar untuk mendapatkan perkhidmatannya. \rRungutan paling ketara daripada pelanggan Astro ialah salurannya terlalu kerap membuat siaran ulangan kandungan programnya. Dan, untuk mendapatkan siaran yang baru dan segar, pelanggan seolah-olah ‘dipaksa’ membayar pakej tambahan. \rIni sebenarnya terpulang kepada pelanggan itu sendiri. Namun, usahlah diabaikan hak dan kepentingan pelanggan yang tidak mahu membuat sebarang bayaran tambahan. Oleh itu, tiga saluran utama bahasa Melayu seperti Ria, Prima dan Oasis perlu juga sentiasa diisi dengan program baru, segar dan menarik. \rBukannya kalau hendak yang baru dan terbaik, pelanggan dipaksa melanggan pakej Mustika pula!\rProduk dan perkhidmatan Astro ketika ini merangkumi 125 saluran iaitu TV, radio dan pakej tertentu iaitu 80 saluran TV, termasuk lapan saluran definisi tinggi (HD), 17 saluran radio selain lima pakej mini, dua pakej super dan empat pakej tambahan. \rSementara itu, pada 23 Mei lalu, Dr Rais mengeluarkan kenyataan bahawa Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bakal diperbadankan dengan sebahagian perkhidmatannya mungkin diswastakan bagi membolehkan stesen penyiar rasmi kerajaan lebih cekap dan berdaya saing.\rCadangan itu sudah dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara bagi penstrukturan RTM sebagai persediaan menghadapi era penyiaran digital sepenuhnya menjelang 2015. \rKata Dr Rais, sebagai badan penyiar utama di negara ini, RTM harus menjalani beberapa perubahan supaya menjadikan ia lebih tangkas dalam menjalankan tugas untuk negara, selain memberi kepuasan kepada penonton, yakni rakyat.\rRTM memang tidak ada pilihan selain perlu diswastakan bagi menukar daripada imej stesen radio dan TV melesukan kepada stesen penyiaran yang lebih ceria.\rDalam pada itu TV AlHijrah sudah boleh diikuti menerusi Astro 114 pada 1 Jun. AlHijrah dikendalikan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). \rSungguhpun ia berlandaskan dakwah dan keislaman, kita mengharapkan AlHijrah tidak menampilkan Islam sebagai satu agama yang sangat konservatif, berfikiran sempit, sentiasa memaparkan imej kemiskinan dan kedaifan atau ketinggalan serba serbinya dalam kalangan umatnya. \rDalam keadaan apa sekalipun, kewujudan setiap stesen TV di negara kita seharusnya memberi manfaat bukan membebankan kepada penonton dan rakyatnya yang berbilang bangsa, budaya, agama dan bahasa. - [email protected]\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|