CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80|Reply: 0

Petrov nasib baik tak cedera parah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MONACO: Pemandu Russia, Vitaly Petrov cedera buku lali kirinya dalam kemalangan membabitkan jentera Renault pada perlumbaan Grand Prix Monaco kelmarin, tetapi berkata dia bersyukur terlepas daripada kecederaan lebih parah.\rKereta Petrov berlanggar dengan kereta Toro Rosso dipandu Jaime Alguersuari dan terbabas ke arah tembok pada pusingan ke-72, menyebabkan perlumbaan tergendala bagi mengeluarkan kereta dan membersihkan litar daripada sisa kemalangan.\r\n\n\n\n\r   “Selepas impak, kaki saya terasa kebas,” kata Petrov dalam laman web Renault F1. “Saya serahkan pada pasukan perubatan untuk membantu mengeluarkan saya dari kereta. Sukar untuk saya bergerak, kaki saya terperangkap di dalam kokpit.\r\r\n\n\n\n\n   “Saya tidak pengsan tetapi terasa sakit yang amat sangat selepas kemalangan itu.” Ujian di hospital mengesahkan tiada bengkak atau tulang yang patah di buku lali Petrov yang memulakan perlumbaan kelmarin dengan cemerlang sebelum terbabit dengan kemalangan.\r“Agak mengecewakan kerana saya bermula baik apabila merampas dua tempat sekali gus,” katanya. “Kemudian berlaku insiden itu yang menafikan beberapa mata untuk kami hujung minggu ini.”\rSementara itu, Lewis Hamilton memohon maaf kepada pegawai perlumbaan selepas secara berjenaka mengeluarkan kenyataan dia dikenakan penalti kerana berkulit hitam.\rPemandu McLaren itu dikenakan dua penalti pandu lalu berikutan insiden dengan pemandu Ferrari, Felipe Massa dan Pastor Maldonado dari Williams pada perlumbaan kelmarin yang dimenangi Sebastian Vettel dari Red Bull.  - Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.046375 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list