|
Sambutan Hari Seniman 2011 dapat sambutan dingin daripada penggiat seniKALAU sebelum ini pengamal dan penggiat seni sering merungut tidak mendapat perhatian daripada kerajaan, namun kini sebaliknya pula terjadi apabila penghargaan yang diberikan kepada mereka tidak dihargai.\rMana tidaknya, hanya segelintir penggiat seni tanah air saja yang hadir di Majlis Sepetang Bersama Seniman sempena Sambutan Hari Seniman 2011 baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rMalah, teguran dan rasa kecewa itu diluahkan sendiri oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim setelah melihat kehadiran penggiat seni pada majlis itu tidak mendapat sambutan.\r\r\n\n\n\n\nLebih mendukacitakan penerima Dana Industri Kreatif (DIK) yang diwujudkan kerajaan turut tidak menghadirkan diri pada majlis yang diadakan bagi mengiktiraf penggiat dan pengamal seni tanah air yang diadakan pada 29 Mei setiap tahun itu.\rMungkin mereka boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit, namun sikap yang ditunjukkan segelintir penggiat seni ini boleh melunturkan usaha kerajaan untuk mengiktiraf mereka pada masa depan.\r“Kami (kerajaan) boleh membantu tetapi persatuan dan penggiat atau pengamal seni perlu berdikari, namun sikap segelintir yang tidak menghargai pengiktirafan terhadap mereka agak menghampakan.\r\"Teguran ini ikhlas sebab kami bersusah payah mewujudkan Hari Seniman ini. Kita sudah bantu lebih RM100 juta kepada semua pengamal seni tapi kehadiran dan kesanggupan yang ditunjukkan oleh mereka jauh berbeza dari yang disangkakan,” katanya.\r\n\n\n\n\rMeskipun kecewa dengan sikap segelintir penggiat seni, Dr Rais tetap mahu melihat bidang seni di negara ini yang kini dimonopoli golongan muda dapat mengangkat industri seni tempatan ke persada dunia.\rTeguran yang diluahkan oleh Rais itu diterima secara terbuka oleh pengamal dan penggiat seni dengan menyifatkan teguran itu menandakan perhatian daripada kerajaan dalam membantu golongan seni tanah air. \rJangan salahkan artis sahaja\rTARIKH sambutan Hari Seniman yang tidak pernah tetap, selain kurangnya publisiti dan promosi meluas menjadikan kurang disedari oleh kebanyakan artis untuk menghadiri majlis anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. \rPresiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez mengingatkan penggiat seni terutama golongan muda mengambil iktibar daripada teguran terbabit dan menghargai apa yang diberikan kerajaan. \r“Ini majlis kita (penggiat seni), yang dianjurkan kerajaan sepatutnya kita ambil serius dan menghargai apa yang kerajaan sudah lakukan jangan bila mahukan dana pinjaman atau menganjurkan majlis yang memerlukan kelulusan kerajaan baru nak jumpa kementerian tapi majlis sebegini tak mahu hadir.\r“Perlu ada satu mekanisma bagi menyedarkan mereka untuk turut sama terbabit dalam majlis sebegini. Pihak produksi dan syarikat rakaman perlu mengharuskan artis di bawah mereka menghadirkan majlis ini.\r“Harap di masa depan akan mendapat kerjasama daripada golongan seni termasuk penerbit, pengarah, penyanyi, pelakon dan sebagainya yang berkait rapat dengan seni hadir di majlis ini,” katanya.\rMengakui sedikit kecewa dengan segelintir golongan seni yang kurang peka dan memandang sepi majlis sebegini, Freddie mengharapkan pihak pengurusan atau persatuan memainkan peranan yang lebih dalam menjayakan majlis pengiktirafan daripada kerajaan buat mereka.\rBagi Presiden Persatuan Industri Rakaman Muzik Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim, setiap lapisan golongan seni perlu mengambil teguran itu sebagai positif dan diperbaiki pada masa depan dengan turut sama menghadirkan diri di majlis itu.\rBeliau yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), berkata golongan artis kurang pendedahan mengenai Hari Seniman ini dan tarikh sambutan juga bertukar-tukar tak ada satu ketetapan tarikh kerana mereka ini juga ada tugas yang perlu dilaksanakan.\r“Media swasta seperti TV dan radio juga perlu memainkan peranan dalam membuat hebahan tentang Hari Seniman ini supaya golongan seni tahu sambutan hari itu.\r“Kita sedia maklum kerajaan sudah menyediakan pelbagai peluang dan insentif untuk membantu penggiat seni jadi apa salahnya jika pihak pengurusan artis atau syarikat produksi memberi pelepasan pada Hari Seniman kepada golongan seni untuk hadir. Kalau tak boleh bagi pelepasan sehari mungkin cukup sekadar empat atau lima jam saja untuk turut sama dalam majlis ini,” katanya.\rWalaupun kecewa dengan segelintir penggiat seni, namun Norman menyifatkan kesalahan tidak hanya ditujukan kepada golongan seni saja dan perlu ada satu pendekatan daripada pelbagai pihak bagi membabitkan golongan ini untuk turut serta menjayakan majlis itu.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|