CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83|Reply: 0

Jangan hukum atlit!

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Shahidan minta MSN tidak perbesar kesalahan atlit hanya kerana gagal jalani ujian dopingPRESIDEN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim merayu semua pihak supaya jangan menghukum enam atlit yang ‘melarikan diri’ daripada ujian doping Isnin lalu selagi mereka belum dibuktikan bersalah.\r“Saya sangat kecewa kerana semua pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman ke atas atlit terbabit sedangkan mereka belum dibuktikan bersalah. Tindakan ini tidak baik dan akan melunturkan semangat atlit yang banyak berkorban untuk negara.\r\n\n\n\n\r  “Malah, atlit lain yang tidak terbabit terjejas dengan publisiti buruk mengenai isu ini hingga ramai yang tidak hadir menjalani latihan. Adakah ini yang MSN mahu lihat?,” soalnya selepas meninjau latihan atlit di Kompleks Sukan MSN, Bukit Jalil, petang semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Shahidan juga mengesahkan tiga atlit - Norjannah Hafiszah Kamaruddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi - yang dicari MSN selepas ‘menghilangkan diri’ sejak Isnin lalu, kini berada di Bulgaria untuk menjalani latihan.\r“Mereka ke Bulgaria atas pembiayaan KOAM, bukannya MSN. Jadi, kita akan menghantar tiga lagi atlit (Yee Yi Leng, Siti Fatimah Mohamad dan Siti Zubaidah Adabi) ke sana secepat mungkin selepas keputusan ujian doping mereka diterima.\r“Saya hairan mengapa MSN membuat laporan polis, sepatutnya ibu bapa mereka yang berbuat demikian. Jadi, kalau polis nak siasat, mereka boleh pergi mencari mereka (atlit) di Bulgaria,” katanya.\rShahidan turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan MSN yang lebih suka mengheret media bersama apabila timbul sesuatu isu mengenai KOAM sedangkan ia boleh dibincangkan secara dalaman dan profesional. \r\n\n\n\n\r“Saya minta Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) hentikan tindakan MSN ini. Jika MSN tidak suka Karim Ibrahim (Timbalan Presiden KOAM), mengapa mereka mahu hukum KOAM,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.322924 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list