View: 145|Reply: 0
|
Enggan selak sejarah lalu
[Copy link]
|
|
Elly, Azmi bakal disatukan pada Februari 2012BIARKAN pergi segala cerita mengarut seperti menjadi isteri VIP atau perampas suami orang. Kini Elly Mazlein hangat diulit bahagia selepas simpulan cinta dengan pengarah drama dan filem, Azmi Hata, 36, diperkukuh ikatan pertunangan yang bakal dimeterai ikatan perkahwinan Februari tahun depan.\rAura gembira jelas tergambar pada senyuman manis si dara yang bakal genap 30 tahun, Disember ini, apabila restu keluarga sentiasa mengiringi perjalanan sekali pun dihimpit pelbagai cerita kurang enak hingga akuinya sedikit tertekan.\r\n\n\n\n\rJusteru, majlis pertunangan yang dihadiri kira-kira 100 anggota keluarga di Dewan Berjaya Bukit Kiara Equestrian Resort, Ahad lalu, merungkai segala persoalan bahawa hati penyanyi dan pelakon itu sudah dimiliki, bukan suami orang mahu pun VIP, sebaliknya duda beranak dua.\r\r\n\n\n\n\n“Pada usia 30 tahun, memang tepat masanya saya mengakhiri zaman solo. Duda hanya status kerana sikap menghormati orang tua, pandai mengambil hati, penyayang dan dipenuhi sikap kebapaan membuka pintu hati saya menerima lamarannya.\r“Awalnya kami enggan bertunang lama-lama, tetapi disebabkan komitmen tugas, Februari tahun depan dipersetujui kedua-dua belah pihak untuk kami disatukan. Paling penting keluarga kami merestui hubungan ini,” katanya yang mengakui dilamar pada Februari lalu.\rMenyingkap memori pertemuan pada 2009, awalnya mereka berkenalan menerusi teman dan hanya selepas lima bulan, daripada sahabat perhubungan itu menjadi semakin serius hingga Azmi memberanikan diri berjumpa keluarga empunya nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi. \rMengetahui latar belakang jejaka yang mempunyai cahaya mata anak lelaki berusia 10 tahun dan sembilan hasil perkahwinan terdahulu, dia bersyukur apabila anak bakal suaminya menerima kehadirannya dengan tangan terbuka dan sedia menggalas tanggungjawab itu.\r\n\n\n\n\rNamun untuk bercerita lanjut mengenai sejarah lalu bakal suaminya, Elly enggan mengulas panjang kerana baginya paling utama adalah terus pandang ke hadapan untuk membina keluarga bahagia yang diimpikan bersama.\r“Itu semua sejarah lalu. Hari ini hari bahagia kami dan biarlah kita jangan menoleh ke belakang lagi. Doakan semoga perjalanan kami membina masjid dan melestarikan pertunangan ini dengan pernikahan mendapat keredaan serta dipermudahkan-Nya.\r“Kami saling mencintai dan boleh berkongsi segala perkara. Boleh dikatakan Azmi ialah pendengar paling setia, malah apabila timbul cerita mengarut, dia meredakan perasaan ini. Saya bersyukur menemui insan yang mampu membimbing saya,” katanya yang mengimpikan majlis resepsi berkonsepkan taman nanti.\rMajlis pertunangan bak kisah dongeng\rDI pihak Azmi sendiri, keperibadian gadis pujaannya yang serba lemah lembut, jelita dan memiliki persona tersendiri membulatkan tekadnya memiliki Elly walau pun mengetahui bukan calang-calang lelaki dapat menawan hatinya.\r“Antara jutaan lelaki yang meminatinya, saya anggap diri ini bertuah kerana menjadi pilihannya. Saya akui hati saya terpaut dengan sifat lemah lembutnya, tetapi antara faktor lain yang membuatkan saya tekad melamarnya sebagai suri ialah apabila dia menerima saya seadanya,” katanya sambil mengerling gadis pujaannya itu.\rTidak hairan, majlis pertunangan itu membuktikan cinta Azmi tidak hanya melalui kata-kata, sebaliknya terus mengikatnya dengan membawa rombongan meminang pada majlis bertemakan rona merah jambu, ungu dan putih yang melambangkan salju di hati.\rBagai kisah dongeng puteri, tunjang utama filem Tangkai Jering itu dibawa menaiki kereta kuda menuju dewan malah rekaan pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ daripada Reka Teemor, umpama menanti putera kayangan.\rMengenakan gaun pengantin dengan layah panjang, berseri wajah Elly apabila diarak masuk ke dewan yang dihias indah dengan rekaan buang segar di segenap ruang malah tetamu merasakan seakan hadir ke sebuah majlis resepsi perkahwinan.\rIbu Azmi, Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly disusuli acara berbalas dulang hantaran dengan pihak lelaki membawa tujuh dulang dibalas lima dulang daripada pihak perempuan termasuk kek, manisan, tas tangan dan sirih junjung.\rTerdahulu mereka pernah bekerjasama dalam beberapa penerbitan seperti Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang dengan terbaru, telefilem berjudul Hantu Gigi yang dijadualkan memulakan penggambaran dalam tempoh terdekat.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|