View: 91|Reply: 0
|
'Melarikan diri' satu kesalahan serius: Shabery
[Copy link]
|
|
SAMBIL menyifatkan tindakan atlit ‘melarikan diri’ daripada ujian doping sebagai satu kesalahan serius, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu mereka sentiasa bersedia menjalani ujian itu walaupun di luar musim pertandingan.\r“Walaupun atlit yang enggan menjalani ujian itu belum boleh dikatakan bersalah (positif), tetapi tindakan mereka ‘melarikan diri’ itu sudah menjadi satu kesalahan. Jadi, mereka mesti sentiasa sedia untuk diuji pada bila-bila masa.\r\n\n\n\n\r “Kita tidak mahu ada unsur lain yang membantu kekuatan atlit, sebaliknya mereka perlu lebih telus dan berdisiplin,” katanya selepas menerima tajaan Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur 2011 di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.\r\r\n\n\n\n\n Shabery mengulas isu enam atlit olahraga yang ‘melarikan diri’ daripada ujian doping Isnin lalu dan mahu persatuan sukan bertanggungjawab dalam memastikan setiap atlit mereka bebas daripada sebarang bahan larangan dan perangsang.\r“Semua pihak perlu sedar ujian yang dijalankan bukan untuk menyusahkan atlit, sebaliknya langkah membasmi penggunaan bahan perangsang. Kita juga tidak mahu atlit didapati positif dalam pertandingan antarabangsa hingga menjejaskan imej negara,” katanya.\rKetika ditanya sama ada MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) yang mengendalikan ujian doping itu patut memanggil pulang tiga atlit olahraga terbabit yang kini berada di Bulgaria, Shabery bagaimanapun berkata ia tidak perlu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|