|
SINGAPURA akan menjadi tuan rumah Sukan Sekolah Asean (ASG) ke-3, 1 hingga 7 Julai ini.\rASG yang bermatlamat menggalakkan perpaduan ASEAN menerusi sukan peringkat sekolah dan menyediakan peluang kepada atlit muda menyerlahkan bakat kesukanan mereka di rantau ASEAN. \r\n\n\n\n\r Kementerian Pendidikan republik itu menyatakan, ia adalah kali pertama Singapura menjadi tuan rumah kejohanan yang dijangka disertai lebih 1,100 atlit dari tujuh negara anggota ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.\r\r\n\n\n\n\n Sebanyak 12 jenis sukan iaitu badminton, bola keranjang, golf, gimnastik, hoki, bola jaring, sepak takraw, renang, ping pong, tenis, padang dan balapan dan polo air (lelaki) dipertandingkan bagi pelajar sekolah sepenuh masa berusia bawah 18 tahun.\rKejohanan akan berlangsung di 13 gelanggang di republik itu dengan Universiti Teknologi Nanyang menjadi perkampungan sukan. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|