View: 118|Reply: 0
|
Kim Swee lega tonggak utama Harimau Muda mula tunjuk taring
[Copy link]
|
|
PERSIAPAN skuad Olimpik negara tampak positif apabila tonggak utama yang mengisi kesebelasan Harimau Muda A mula menunjukkan taring pada lima perlawanan terakhir Liga Super musim ini.\rKebimbangan jurulatihnya, Ong Kim Swee sebelum ini terhadap ketumpulan barisan penyerang, terubat apabila Izzaq Farris Ramlan dan Syahrul Azwari Ibrahim mula menemui sentuhan jaringan sebelum memulakan kem latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Bermula dengan kemenangan 3-1 ke atas T-Team di Kuala Terengganu, rentak permainan skuad muda negara mula menjadi igauan lawan dengan dua gergasi Liga Super, Kelantan hampir tewas di Shah Alam sebelum bangkit untuk seri 2-2, manakala Selangor tumbang 1-2.\r\r\n\n\n\n\n Harimau Muda A hanya tewas sekali, 2-1 kepada Terengganu dalam lima perlawanan terakhirnya dengan kebanyakan gol disempurnakan penyerang, berbanding pemain tengah sebelum ini.\r“Memang kami sudah mengenal pasti pemain yang akan mengisi kesebelasan utama dan lima perlawanan terakhir liga digunakan untuk menguji kemampuan sebenar mereka,” kata pembantu jurulatih, Hassan Sazali yang mengambil alih peranan ketika ketiadaan Kim Swee.\r“Sebelum ini banyak kesilapan individu sehingga menyebabkan keputusan perlawanan kurang memberangsangkan. Tetapi selepas tumpuan diberikan untuk membaiki kelemahan itu, peningkatan mendadak dapat dilihat.\r“Kim Swee juga mula menyerapkan pemain skuad Olimpik ke dalam skuad Liga Super dan ini membolehkan kami memberi saingan sengit kepada Terengganu, Kelantan dan Selangor. Saya harap prestasi ini kekal sehingga perlawanan kelayakan Olimpik bertemu Lubnan, 19 Jun nanti.”
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|