View: 132|Reply: 0
|
Blatter didesak buat perubahan
[Copy link]
|
|
FA ketuai cadangan pemilihan presiden baru FIFA ditangguhkan\rZURICH: Presiden FIFA, Sepp Blatter pasti akan dikekalkan buat satu penggal lagi sungguhpun skandal rasuah menjerumuskan bola sepak ke krisis paling buruk pernah dialami hingga membimbangkan penaja global sukan itu. \r\n\n\n\n \r Blatter, warga Switzerland berusia 75 tahun, mengemudi badan berkuasa bola sepak dunia sejak 1998 dan menyaksikan kekayaan badan induk bola sepak itu berkembang menerusi penjualan hak siaran televisyen dan tajaan.\r\r\n\n\n\n\n Namun reputasi sukan itu kini menjadi perhatian selepas dakwaan rasuah bertalu-talu, penggantungan dua pegawai kanan FIFA dan timbul dakwaan Qatar ‘membeli’ hak penganjuran Piala Dunia 2022 - sesuatu yang dinafikan negara Teluk itu. \rDalam perkembangan terbaru, Chuck Blazer, warga Amerika yang memberi maklumat hingga menjurus kepada penggantungan dua pegawai tertinggi termasuk pesaing Blatter bagi jawatan presiden, Mohammad Hammam dan Jack Warner yang dipecat daripada jawatannya dalam badan CONCACAF tetapi sejam selepas itu, badan yang mewakili bola sepak Amerika Utara dan Tengah serta Caribbean itu, mengisytiharkan penyingkiran berkenaan sebagai tidak sah. \rKekecohan dalaman menggandakan drama yang menyelubungi Kongres FIFA di Zurich, yang menyaksikan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) mengetuai desakan supaya pemilihan presiden ditangguhkan. \rPresiden bola sepak Switzerland, Micheline Calmy-Rey mendesak perubahan serta-merta dilakukan FIFA manakala kemarahan Asia memuncak dengan cara FIFA menangani kes Hammam, warga Qatar yang mengetuai Konfederasi Bola Sepak Asia yang digantung berikutan dakwaan rasuah. \r\n\n\n\n\r“Kami mahu suara kami didengar,” kata Naib Presiden AFC dari Nepal, Ganesh Thapa. Mohamed Hammam adalah pemimpin hebat buat Asia. (Apa yang FIFA lakukan) tidak adil.” – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|