|
Chong Wei harap dapat jumpa bekas jurulatih untuk tawan Kejohanan Dunia\rSAYA tidak pernah lupa janji!\r\n\n\n\n\r Demikian tegas jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei ketika ditanya sama ada sudah bertemu bekas mentornya, Datuk Misbun Sidek seperti yang dijanjikan ketika kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia di Kedah, bulan lalu.\r\r\n\n\n\n\n Pada kejohanan yang menyaksikan dia merangkul kejuaraan kelima tahun ini, Chong Wei berjanji mahu bertemu Misbun untuk berbincang mengenai keputusan bekas mentornya yang menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengendalikan skuad pelapis.\r“Saya belum berkesempatan menemuinya (Misbun) kerana tiada masa. Ini kerana sejurus selepas GP Emas Terbuka Malaysia, saya bersiap menghadapi Piala Sudirman dan sebaik pulang minggu lalu, terus menyertai sambutan Hari Belia dan hari ini (semalam) serta esok (hari ini) terbabit dengan aktiviti bersama penaja.\r“Namun, saya akan tetap mencarinya apabila ada berkesempatan,” katanya semalam.\rPemain kelahiran Pulau Pinang berusia 29 tahun itu bagaimanapun menegaskan, dia tidak pernah melupakan jasa Misbun yang membimbingnya menawan mahkota pemain nombor satu dunia sejak tiga tahun lalu.\r\n\n\n\n\r“Walaupun dia bukan lagi jurulatih saya, saya harap dapat berjumpanya dalam tempoh terdekat untuk berbincang mengenai corak permainan saya, terutama menjelang Kejohanan Dunia di Wembley, Ogos nanti,” katanya.\rChong Wei berkata, dia akan membuat persiapan rapi bagi menghadapi Kejohanan Dunia kali ini dengan sasaran menjuarainya selepas beberapa percubaan sebelum ini menemui kegagalan.\r“Saya mempunyai lima minggu rehat untuk persiapan rapi. Sebelum ke Wembley, saya akan menyertai Terbuka Indonesia sebagai kejohanan pemanas badan. Jadi, saya harap dapat memenangi kejuaraan berprestij itu kali ini,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|