CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Zolkples perlu minta maaf: Karim

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Imej negara tercemar di sebalik isu atlit \'melarikan diri\' dari ujian antidoping\rSELEPAS meminta Majlis Sukan Negara (MSN) membayar pampasan, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) semalam menuntut Datuk Zolkples Embong meminta maaf kerana didakwa menjadi punca imej negara tercemar di sebalik isu enam atlit ‘melarikan diri’ daripada ujian antidoping, minggu lalu.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim, berkata tindakan melulu Ketua Pengarah MSN itu yang menghebohkan isu berkenaan menyebabkan imej negara tercemar di seluruh dunia dan KOAM mendapat tekanan daripada Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF).\r\r\n\n\n\n\n  “Tindakannya (Zolkples) seolah-olah memberi gambaran kepada seluruh dunia atlit negara mengambil dadah sedangkan mereka belum dibuktikan bersalah dan keputusan ujian yang diumumkan semalam (kelmarin) membuktikan ia tuduhan liar dan mempunyai agenda tersembunyi. \r“Jika mengikut peraturan doping, atlit tidak boleh dituduh ‘melarikan diri’ kerana sebelum seseorang atlit menjalani ujian doping, bukan saja mereka perlu menandatangani borang, tetapi borang itu juga perlu ditandatangani jurulatih.\r“Namun, apa yang saya dimaklumkan, atlit terbabit dan jurulatih belum menandatangani sebarang borang. Adakah tuduhan ‘melarikan diri’ itu mempunyai asas kukuh atau untuk memenuhi agenda tersembunyi dia (Zolkples),” kata Karim.\rKarim menegaskan selain menghakis kepercayaan ibu bapa, Zolkples turut melunturkan semangat atlit kerana Ketua Pengarah MSN itu seolah-olah meragui rekod baru 4x100 meter yang dipecahkan atlit terbabit di Poland, tahun lalu ketika bercakap dalam satu sidang media.\r\n\n\n\n\r“Dia mendakwa tindakan MSN itu untuk menyelamatkan atlit, tetapi sebenarnya ia menyebabkan nama atlit, keluarga, jurulatih, KOAM serta negara tercemar. Isu ini mengaitkan banyak pihak dan kami terpaksa menjelaskan perkara sebenar kepada IAAF, Bulgaria dan Poland.\r“Saya juga ingin menegaskan sekiranya Zolkples mendakwa ujian itu adalah prosedur biasa sebelum pertandingan, mengapa MSN tidak menjalankan ujian ketika atlit bertanding di Thailand dan Vietnam baru-baru ini dan adakah MSN sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk menjalankan ujian ke atas semua 700 atlit yang bertanding di Sukan SEA November nanti,” katanya.\rKarim juga menegaskan KOAM sedia bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi membolehkan tiga atlit yang sedang berlatih di Bulgaria, menjalani ujian antidoping secepat mungkin.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.035121 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list