|
BIARPUN sudah \'menyerah diri\' membuat ujian antidoping, tiga atlit olahraga yang keputusannya didapati negatif, masih tidak boleh menjalani latihan ke Bulgaria.\rKetua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, isu utama kini ialah Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) terlebih dulu melanggar persetujuan yang dicapai bersama pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKKK), bulan lalu.\r\n\n\n\n\r “Takkan mereka lupa sebelum ini sudah bersetuju semua atlit yang pergi ke luar negeri perlu ikuti ujian perubatan termasuklah antidoping,” katanya mengulas tuntutan pampasan yang diminta Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim bagi membiayai tiga atlit yang ‘lesap’ ke Bulgaria.\r\r\n\n\n\n\n Meskipun keputusan ujian tiga atlit - Siti Fatimah Mohammad, Siti Zubaidah Adabi, Yee Yi Ling - negatif, Zolkples berkata, mereka tetap melakukan kesalahan pertama iaitu lari daripada menjalani ujian peringkat awal pada 24 Mei lalu, bersama tiga atlit lagi - Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Nurul Sarah Abdul Kadir dan Noor Imran Hadi, yang terus melarikan diri ke Bulgaria. \r“Kita tidak akan menghantar tiga atlit (yang sudah menjalani ujian) ke Bulgaria kerana mereka ke sana adalah bagi acara berganti-ganti 4x100m. Takkan presiden tak tahu acara berganti-ganti perlukan sekurang-kurangnya empat pelumba,” katanya.\rZolkples berkata, dia sudah membuat surat penjelasan kepada KOAM mengenai sebab tidak jadi menghantar atlit berikutan persetujuan awal ujian anti doping yang gagal dilakukan atlit terbabit. \rMengenai sidang media Shahidan kelmarin serentak dengan perasmian perkampungan Sukan Malaysia (SUKMA), Zolkples berkata, perkara itu tidak menjejaskan majlis biarpun KOAM seperti ‘menyerang hendap’ masuk ke perkampungan sukan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|