CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

'Kalau tak salah tidak perlu melarikan diri'

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
KALAU tidak bersalah, atlit tidak perlu diminta melarikan diri.\rItu jawapan balas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong yang mempersoalkan tindakan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur (KOAM), Karim Ibrahim mahukannya meminta maaf sedangkan soal utama isu enam atlit olahraga yang ‘melarikan diri’ tidak diulas.\r\n\n\n\n\r   “Semua ini berpunca kerana atlit diminta larikan diri. Adakah saya yang suruh mereka larikan diri? Kalau betul mereka negatif, tidak ada masalah.\r\r\n\n\n\n\n   “Lagipun kita (MSN) sudah meluluskan program latihan mereka ke Bulgaria. Mereka (KOAM) yang suruh atlit lari,” katanya.\rZolkples berkata, dia tidak tahu agenda apa yang cuba dimainkan Karim kini dan menyerahkan kepada rakyat menilai pihak mana yang betul.\r“Sebelum ini Menteri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sudah memberi kenyataan, malah Timbalan Menteri, Datuk Razali Ibrahim juga lebih keras apabila meminta tiga atlit yang berada di Bulgaria balik. Kenapa dia (Karim) tidak mahu membalas balik kenyataan itu?,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.066878 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list