View: 164|Reply: 0
|
Tiga jentera PROTON tunjuk garang di Ukraine
[Copy link]
|
|
DUA daripada tiga jentera PROTON Satria Neo Super 2000 menamatkan Pusingan Pertama Rali Prime Yalta di Ukraine yang menjadi pusingan keempat Cabaran Rali Antara Benua (IRC), pada kelompok 10 teratas.\rPemandu PROTON, Giandomenico Basso menduduki tempat kelapan dan hanya ketinggalan 5.6 saat di belakang pendahulu semasa, Thierry Neuville dari Belgium yang memandu Peugeot 207 S2000, selepas dua peringkat khas pada hari pembukaan, semalam. \r\n\n\n\n\r Rakan sepasukan, Andersson ketinggalan tiga saat di tangga ke-10 dalam perlumbaan yang dikuasai tiga jentera Peugeot 207 S2000 dan lima jentera Skoda Fabia S2000.\r\r\n\n\n\n\n Jentera ketiga PROTON yang dipandu bintang Ukraine dan bekas juara Kesatuan Soviet, Oleksandr Saliuk Sr menduduki tempat ke-18 keseluruhan daripada 42 peserta.\r“Rali ini penting kerana kita semakin menghampiri pertengahan musim dan mahu mengutip sebanyak mungkin mata untuk meningkatkan kedudukan dalam senarai Pengeluar serta ini juga pentas pertama jenama Proton dilihat di Ukraine.\r“Saya pasti kereta ini menarik banyak perhatian, dan prestasi yang baik di sini akan memberikan pengenalan yang berkesan dan kukuh untuk satu lagi potensi pasaran PROTON,” kata Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan, semalam.\rPROTON menduduki tangga kelima senarai Pengeluar dalam IRC ketika ini dengan 16 mata selepas tiga pusingan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|