|
Schiavone, Li Na bukti usia bukan halangan\rPARIS: Pemain wanita Itali, Francesca Schiavone akan mempertahankan kejuaraannya di Terbuka Perancis hari ini, berdepan pemain China Li Na dalam pertembungan menarik dua pemain veteran.\r\n\n\n\n\r Usia kedua-dua finalis jika digabungkan ialah 60 tahun 79 hari, menjadikan ia pertemuan dua wanita tertua sejak final Wimbledon 1998 ketika Jana Novotna menewaskan Nathalie Tauziat.\r\r\n\n\n\n\n Schiavone yang akan mencecah usia 31 tahun tiga minggu lagi, menang selepas mempamer satu lagi persembahan mantap di atas gelanggang tanah liat ketika mengecewakan harapan tuan rumah Marion Bartoli 6-3, 6-3.\rLi, yang kini berusia 29 tahun empat bulan, melangkah ke final selepas menang 6-4, 7-5 ke atas pemain Russia, Maria Sharapova dan buat kali kedua tahun ini, Li Na hanya selangkah untuk mencatat sejarah menjadi pemain pertama China menjulang mahkota grand slam.\rSchiavone yang mencipta kejutan di kejohanan sama tahun lalu selepas 12 tahun bergelar pemain profesional mengukir nama sendiri dalam sukan tenis dan tidak menganggap usia sebagai penghalang.\r“Tempoh bertahun-tahun ini sebenarnya membantu. Dulu juara selalunya pemain muda - Martina Hingis, adik beradik Williams. Kini ia berubah. Seperti yang saya katakan, ia seperti minuman wain. Lebih lama di dalam botol, lebih baik.”\r\n\n\n\n\rPemain Itali itu pernah berdepan Li Na empat kali dengan masing-masing menang dua perlawanan tetapi Schiavone menang dalam pertemuan terakhir, pusingan ketiga Terbuka Perancis tahun lalu.\rNamun dia tetap gelisah melihat Li Na yang secara semula jadi menjelmakan aksi terbaik di atas gelanggang tanah liat selepas bertahun-tahun bergelut di permukaan seperti itu.\r“Saya rasa dia mempamer corak terbaik ketika di Australia. Corak kami juga berbeza, saya banyak melakukan top spin dan memotong bola sedangkan dia lebih kepada pukulan kencang.\r“Jadi saya perlu bermain, 80, 90 dan 100 peratus bermain baik dan menang.”\rBagi Li Na, final itu menambah bebannya buat kali kedua untuk mencipta sejarah dan percaya dia lebih bersedia berbanding ketika final Terbuka Australia.\r“Melbourne adalah final pertama... saya tiada pengalaman sebelum ini tetapi kali ini adalah kali kedua, saya lebih tahu apa yang perlu dilakukan. Memang permukaan yang berbeza tetapi saya sudah enam kali bermain di sini, saya sepatutnya tahu apa yang harus dilakukan.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|