CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Hadi muncul penyelamat di Hong Kong

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
PENYERANG Terengganu, Abdul Hadi Yahaya menyelamatkan reputasi dan rekod baik skuad Harimau Malaya daripada tewas apabila jaringannya membantu mengikat Hong Kong 1-1 dalam perlawanan persahabatan di negara itu, semalam.\rPenyerang 26 tahun dan menduduki tangga kedua carta senarai penjaring terbanyak Liga Super di belakang Norshahrul Idlan Talaha itu, menunjukkan bisanya apabila menyamakan kedudukan selepas enam minit masuk menggantikan Safee Sali pada minit ke-66.\r\n\n\n\n\r  Begitupun, anak buah K Rajagobal tersentak apabila lawan yang tewas 0-2 dalam perlawanan persahabatan di Shah Alam Februari lalu, merobek gawang lawan yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee pada minit ke-60 menerusi Chan Siu Ki.\r\r\n\n\n\n\n   Rajagobal yang menjadikan perlawanan itu sebagai medan menilai pemain untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia, membuat lima lagi pertukaran dengan S Chanthuru digantikan Mohd Amirulhadi Zainal (m-60), Mohd Sharbinee (Syed Adney Syed Hussein/66), Mohd Azmi Muslim (Mohd Asraruddin Putra/68), Mohd Nasriq Baharom (Mohd Hisyamudin Shaari/80) dan Mohd Shahrom Abdul Kalam (Helmi Remeli/80).  \rHong Kong yang dibimbing Tsang Wai Chung pula membuat lima pertukaran dalam perlawanan yang hanya disaksikan 586 penonton itu.\rPada perlawanan di Shah Alam, jaringan Safiq Rahim pada minit ke-44 dan Amirulhadi (m-90) serta aksi tangkas Khairul Fahmi Che Mat yang tidak menyertai pasukan kali ini kerana dilepaskan untuk persiapan skuad Olimpik, membantu kemenangan Harimau Malaya yang masih segar menjuarai Piala AFF Suzuki, sebelum itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.209816 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list