View: 156|Reply: 0
|
Alonso suntik semangat Ferrari
[Copy link]
|
|
Jentera lebih kompetitif daripada dulu: Massa\rFERRARI mungkin berdepan permulaan musim yang sukar tetapi kejayaan Fernando Alonso menduduki tempat kedua pada perlumbaan di Monaco 29 Mei lalu akhirnya menyuntik semula harapan dalam pasukan bagi kempen 2011 ini.\r\n\n\n\n\r Bagaimanapun bagi rakan sepasukan Alonso, Felipe Massa kekecewaannya berterusan selepas perlumbaannya di Monte Carlo berakhir apabila keretanya melanggar tembok ekoran pelanggaran dengan pemandu McLaren, Lewis Hamilton.\r\r\n\n\n\n\n \"Fernando membuktikan dengan berlumba di hadapan dari mula hingga ke akhir, kami mempunyai potensi besar dan saya fikir saya boleh menamatkan perlumbaan di tempat keempat,\" kata Massa kepada laman web rasmi Ferrari.\r\"Malangnya berlaku pelanggaran dengan Hamilton yang menyebabkan saya terkeluar daripada perlumbaan. Ia begitu mengecewakan.\"\rMassa akhir-akhir ini dilihat mengecewakan Ferrari. Dia gagal menamatkan perlumbaan di Sepanyol ekoran masalah kotak gear, dan ketika ini menduduki tempat kelapan dalam senarai kedudukan pemandu dengan 24 mata - hampir satu pertiga daripada kutipan Alonso yang berada di tangga kelima dengan 69 mata. \rWalaupun berdepan kesukaran, pemandu Brazil itu gembira Ferrari akhirnya mencatat keputusan lebih baik di litar, meskipun dia terpaksa melihat peningkatan itu dari ‘luar’.\r\n\n\n\n\r\"Bagi penonton - dan malangnya saya seorang daripada mereka - perlumbaan peringkat kedua amat menarik. Sekurang-kurangnya ada satu aspek positif pada perlumbaan lalu iaitu hakikatnya kereta kami lebih kompetitif daripada perlumbaan terdahulu. Akhirnya kita boleh bersaing hingga ke akhirnya meskipun jika ia hanya kepada seorang daripada kita,\" katanya.\rDengan keyakinan barunya bersama Ferrari, Massa berharap nasib akan menyebelahinya bersama-sama dengan prestasi jentera yang dipertingkatkan serta tayar Pirelli yang lebih lembut, untuk membolehkannya mencacat keputusan baik di perlumbaan Formula Satu (F1) Kanada hujung minggu depan dan perlumbaan di Eropah.\r\"Kelajuan kita (di Monaco) sangat baik dan saya berharap ia berterusan di Kanada dan Valencia,\" katanya. \"Pastinya aspek teknikal baru akan dikemaskini, dan bersama dengan tayar yang lebih lembut yang diharap akan dapat membantu.\"\rMassa pulang bertemu keluarganya di Brazil selepas perlumbaan di Monaco, sebelum ke Kanada bagi perlumbaan F1 Kanada di Montreal dari 10-12 Jun. - Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|