|
Percaturan Capello utamakan Bent gagal ketika seri dengan SwitzerlandWEMBLEY: Fabio Capello tidak mengulas panjang selepas melihat penyerang pilihannya, Darren Bent mensia-siakan dua peluang untuk England sekadar seri 2-2 dengan Switzerland dalam perlawanan kelayakan kumpulan Euro 2012 di Stadium Wembley, kelmarin.\rKegagalan meraih tiga mata dalam saingan Kumpulan G itu, meletakkan Three Lions yang berusaha mahu mengelak perlawanan play-off, tertekan walaupun pasukan tangga kedua Motenegro juga mensia-siakan kesempatan apabila seri dengan Bulgaria.\r\n\n\n\n\r Capello menyenaraikan Bent dalam kesebelasan utama, dan meninggalkan Ashley Young di bangku simpanan tetapi England dikejutkan dengan dua gol pantas dalam tempoh tiga minit sebelum Frank Lampard merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti.\r\r\n\n\n\n\n Hanya selepas Capello, yang kehilangan Wayne Rooney akibat kecederaan, memasukkan Young sejurus rehat, barulah England mula mempamer kelancaran untuk menyamakan kedudukan dan sepatutnya menang jika tidak kerana kegopohan Bent.\r“Saya berjalan ke bilik persalinan dan Fabio berkata, jangan fikirkan sangat mengenainya. Saya juga menuju ke arahnya di garisan tepi padang selepas (mensia-siakan) peluang kedua itu dan dia berkata, ‘tidak mengapa’,” kata Bent seolah-olah memujuk hati sendiri.\rCapello yang terkenal dengan sikap terbuka setiap kali mengkritik anak buahnya, tidak mengulas panjang sebaik tamat perlawanan tetapi Bent mendakwa, jurulatih warga Itali itu memaafkan kesilapannya.\rNamun sikap membisu Capello itu juga memberi isyarat berbeza kerana pengurus itu mungkin akur betapa formula Ashley Young yang digunakan ketika menentang Wales Mac lalu lebih menyerlah berbanding formula Darren Bent yang mungkin kembali ke bangku simpanan selepas ini. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|