|
Pertembungan dua kuasa bola sepak dunia berlangsung tegang tanpa jaringanGOIANIA, Brazil: Brazil, tuan rumah Piala Dunia, dikekang 0-0 oleh Belanda dalam perlawanan persahabatan yang jarang-jarang dilangsungkan di tempat sendiri, dengan kedua-dua penjaga gol bertanggungjawab menafikan sebarang gol. \rSituasi pertemuan pertama pasukan sejak Belanda menewaskan Brazil 2-1 pada suku akhir Piala Dunia tahun lalu, bertukar tegang pada penghujungnya apabila pemain Brazil, Ramires dibuang padang pada minit ke-79 kerana kad kuning kedua berikutan kekasaran ke atas Arjen Robben. \r\n\n\n\n \r Bermain dengan tunjang tiga serangkai di bahagian serangan, \rNeymar dan Robinho serta Fred di tengah, Brazil menampilkan aksi baik pada babak kedua tetapi gagal mengatasi aksi cemerlang penjaga gol Belanda, Tim Krul yang membuat penampilan pertama.\r\n\n\n\n\n\rFred yang banyak mensia-siakan kebanyakan peluang termasuk gerakan cantik yang direncanakan Neymar di sayap kiri pada minit ke-57, meninggalkan padang diiringi ejekan peminat di Stadium Serra Dourada ketika digantikan pemain 21 tahun, Leandro Damiao. \rBelanda, tanpa perancang Inter Milan yang cedera, Wesley Sneijder, yang menjaringkan kedua-dua gol dalam pertemuan 2010, memperoleh dua peluang baik pada separuh masa pertama apabila penyerang, Ibrahim Affelay memaksa dua aksi penyelamat daripada penjaga gol Brazil, Julio Cesar. – Reuters\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|