CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Makyung Dewa Indera beraksi di IB

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MEREKA pernah digandingkan di layar perak dan kali ini, Rosnan Rahman bersama Arja Lee bakal bersatu semula menghidupkan pementasan Makyung Dewa Indera Indera Dewa di Lambang Sari  Istana Budaya (IB) pada 17 dan 18 Jun ini.\rPernah mendominasi gelanggang sama pada 2006, teater tradisional itu seakan mengimbas semula usaha IB menggalakkan khalayak terutama golongan muda mengenali makyung dengan lebih mendalam.\r\n\n\n\n\rMalah tanpa disangka, tiket menyaksikan pementasan musim pertama dulu laris bagai pisang goreng panas apabila bukan hanya pelajar seni persembahan, korporat dan orang ramai juga berpusu menyaksikannya.\r\r\n\n\n\n\nSeperti diluahkan Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, percubaan sulung yang dikendalikan 100 peratus warga kerja pentas berprestij itu mendapat sambutan di luar dugaan hingga diundang bergerak ke luar Kuala Lumpur.\rLima tahun berlalu, sekali lagi ia menemui penonton namun kali ini sebagai kelainan pelakon muda berbakat besar, Arja Lee membawakan\rwatak Indera Dewa yang sebelum ini dijayakan pelakon wanita.\r“Makyung Dewa Indera Indera Dewa pertama mendapat permintaan di luar jangkaan membuatkan kami yakin ia produk yang bukan saja sebagai bahan hiburan sebaliknya turut mendekatkan khalayak terhadap makyung.\r“Selepas kejayaan pementasan Rebab Berbisik April lalu, ramai yang mahu IB mementaskan lebih banyak teater tradisional dan kita memilih Makyung Dewa indera Indera Dewa kerana ia pernah meninggalkan impak manis,” katanya di pelancaran Makyung Dewa Indera Dewa di IB.\rLebih menarik katanya apabila bintang baru berbakat besar yang sedang menjalani latihan amali di IB menjadi antara tunjang utama pementasan itu apatah lagi sebelum ini kebolehannya sudah dibuktikan di layar perak.\rBegitupun, pemilihan pelakon …Dalam Botol itu bukan dilakukan secara melulu kerana sebagai penuntut di Fakulti Lakonan dan Pengarahan Universiti Sains Malaysia (USM), Arja sudah mempunyai asas makyung namun perlu dipertajamkan lagi kebolehannya.\r“Inilah kelainan yang cuba kita tonjolkan sekali gus menggalakkan lebih ramai pelapis dalam seni makyung, terutama Pak Yong. Penonjolan pementasan makyung juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami terhadap masyarakat.\r\"Kami harap selepas ini lebih banyak teater tradisional yang dihasilkan. Jika bukan IB sendiri menggalakkan perkembangan seni kreatif tradisional seperti ini, siapa lagi?” katanya lagi. \rSelain di IB, teater tradisional itu mendapat undangan untuk membuat persembahan di Jabatan Kesenian & Warisan Negara, Negeri Sembilan pada 24 dan 25 Jun, sebelum bergerak ke beberapa negeri lain berikutan permintaan ramai.\rRosnan yang turut dipertanggungjawabkan sebagai pengarah bersama berganding bahu dengan Fatimah Abdullah berkata, pihaknya tetap mengekalkan skrip lama namun tempoh persembahan dipendekkan daripada tiga jam kepada sejam setengah.\r“Kronologi kisah masih sama mengenai dua bersaudara Dewa Indera dan Indera Dewa yang cuba bersaing memikat hati Puteri Selindungan Daun tetapi kita akan mampatkan kisah supaya lebih menarik.\r“Kita akan lebihkan kepada adegan lakonan, aksi serta memperbanyakkan komedi manakala adegan nyanyian yang meleret-meleret akan cuba\rdisingkatkan.\r“Sebagai Pak Yong, saya mengundang Arja menyertai pementasan ini bukan disebabkan dia rakan saya sebaliknya kesungguhan dan semangatnya yang menunjukkan minat mendalam terhadap makyung,” katanya yang pernah ‘membawa’ makyung hingga ke Perancis, Jerman dan New York.\rSementara itu Arja Lee mengakui peluang menjayakan makyung dalam skala mega ini sebagai bulan jatuh ke riba sekali gus menguji sejauh mana kemampuannya dalam bidang lakonan.\rBukan mahu membuktikan sesuatu sebaliknya aktor berusia 27 tahun itu mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelum ini – makyung – sekali gus melengkapkan lagi misi latihannya di pentas berprestij itu.\r“Apabila menjalani latihan amali di sini, saya tidak menyangka berpeluang meraih pengalaman semahal ini yang tidak mungkin dapat saya\rgali di tempat lain. Cabaran sudah pasti berbeza. \r“Boleh menari dan menyanyi saja. Perkara paling sukar lain tentu saja menuturkan loghat Kelantan kerana lenggoknya juga unik,”\rkata Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli.\rINFO: Pementasan Makyung Dewa Indera Indera Dewa di Lambang Sari  Istana Budaya (IB) pada 17 dan 18 Jun ini.\rTiket berharga RM15 dan RM25\rTiket tiket boleh didapati di kaunter Box Office, IB\rTempahan dan keterangan lanjut layari www.ticket2u.biz

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.157461 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list