CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Tempurung Pecah: Kenapa nak jadi pengarah filem Mat?

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Tempurung Pecah: Kenapa nak jadi pengarah filem Mat?Oleh Mamat Khalid2011/06/07\n\n\n\n\n\n\n\nSEDARI aku masih kecil lagi, aku selalu memikirkan bagaimanakah alam ini mula-mula terjadi? Adakah ia tercetus secara letupan seperti yang disarankan oleh teori Big Bang itu, atau wujud secara berkelompok hasil dari percantuman secara perlahan debu-debu cakerawala seperti sang tiram mengumpul bahan di sekelilingnya dalam menghasilkan mutiara?\rAdakah Black Hole atau Lubang Hitam yang dikira-kira oleh Stephen Hawking itu benar-benar wujud? Di manakah ia terletak dalam falsafah Cartesian mahupun di dalam sistem pengiraan bintang Zihi-Malikshahi yang sudah wujud pada zaman kegemilangan Jallal-ud-Din itu dahulu?\r\n\n\n\n\rYang sebenarnya enigma ini tiada kena- mengena langsung dengan penulisan aku ini, cuma aku tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Sama seperti masalah lakon layar Quentin Tarantino yang menjelajah separuh dunia sebelum ke inti karyanya.\r\r\n\n\n\n\nFilim, atau di dalam bahasa Malaysianya  filem, yang sering disebut pada zaman kegemilangan filem Melayu sekitar awal tahun 50-an ke pertengahan tahun 60-an dulu adalah perkataan yang diambil terus daripada bahasa Inggeris. Yang juga sudah diceduk dari bahasa asalnya iaitu filmen dari bahasa Inggeris lama yang tidak ada kena mengena langsung dengan kesenian. \rIa lebih kepada sebutan yang diberi kepada lapisan kulit yang nipis seperti kornea mata, pelapisan tisu dan sebagainya.\rPada tahun 1845, barulah ia mula digunakan dalam kamus untuk memberi maksud lapisan atau ‘coating’ bahan seperti gelatin atau piring kertas di dalam penghasilan fotografi\rFilem yang dimaksudkan oleh aku di sini pula adalah wayang gambar, bukan bahan tipis daripada seluloid yang dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar. Itu kodak, kata orang kampung aku.\r\n\n\n\n\rBermula daripada pengertian filem itu, maka penggunaan istilah filem itu pula terus berkembang sehingga mempunyai kepelbagaian erti mengikut kehendak penggiat perkataan itu tadi. Seperti penggiat filem, penerbit filem, pengarah filem, pelakon filem dan tidak ketinggalan penggiat yang maha besar iaitu pengkritik filem.\rGenre filem itu sendiri sudah dipelbagaikan juga untuk memudahkan pengkritik filem itu membuat tafsiran mereka seperti filem seram, filem komedi, filem sedih dan filem merapu. (aku diberitahu, filem aku termasuk di dalam kategori yang akhir walaupun aku bermati-matian mengatakan genre filem aku lebih kepada genre filem perang).\rFilem jika dirujuk secara fitrahnya adalah cermin yang dapat mengimbas warna kehidupan yang bermain di sekeliling alam pada waktu penggambaran itu dibuat. Segala hasrat yang terpahat dalam hati penggiat filem tersebut akan terungkap dalam karya mereka secara terus-menerus. Walaupun diadun secara tersirat. Ia dapat menerjah masuk jauh ke dalam pemikiran orang ramai berbanding medium hiburan yang lain.\rSegala suka duka imejan yang terpapar jelas dapat menembus tekap ke penghayatan penonton sehingga mampu mempengaruhi ruang escapism kepada manusia sejagat! bayangkan kekalutan golongan sesetengah masyarakat jika watak B Rajnikand dimatikan pada akhir sesebuah filem! Mau terbakor panggung!\rWalaupun demikian, wayang gambar atau filem ini adalah suatu hasil seni yang sering disalah erti dan anggapan pada setiap masa. Segala yang cuba dipaparkan ke layar perak itu selalunya mendapat tentangan dari segi ideologi dan ism dari golongan kita yang selalu melihat filem dari mould atau acuan yang terturap keras di dalam pegangan kita. \rBahan rujuk kita cuma berlegar di batasan sejauh dunia tempatan. Mengapa kita sekelompok warga seni yang terpilih boleh terpisah renggang walaupun di dalam satu keluarga yang kecil?\rKetika Motilal Chemical Company of Bombay mengambil B.S. Rajhans sebagai pengarah yang menghasilkan filem pertama di Tanah Melayu, acuan perfileman kita telah terbentuk. Lakon layar filem Laila Majnun, yang diambil terus dari pentas bangsawan itu terus menjadi template sebenar-benarnya arah tuju seni perfileman tanah air. Diikuti dengan garapan daripada pengarah lain yang diimport seperti B.N.Rao, K.M.Bhasker, B Avellana maka acuan perfileman kita semakin kukuh.\rPengarah tempatan ketika itu pula terpaksa mengikut cara penceritaan dan pengarahan yang sudah ditetapkan oleh pengarah sebelum itu untuk memastikan penggemar wayang gambar dapat menikmati semula kegirangan menonton wayang. (Seperti kita yang sudah biasa minum teh tarik di kedai mamak. Kalau Si Basiron ingin membuka warung, dia semestinya terpaksa menyediakan teh tarik yang sama rasa.)\rBagaimana agaknya situasi perfileman negara kita kalau filem pertama kita diarahkan oleh Yasujiro Ozu, jika beliau dibawa masuk oleh sebuah Syarikat Radio Jepun? \rApakah acuan perfileman kita akan turut berubah? \rBerkemungkinan penonton kita amat mengagumi filem Kepong Story yang di adaptasi dari filem Tokyo Story beliau itu! Wide lens dan tiada pan! Lupakan close ups! Hasil filem kita mungkin akan lebih dihiburkan dengan pelbagai bahasa filem yang serius. Walaupun sebuah penceritaan mudah, tetapi maksud dan pegangan filem itu lebih meluas! Tiada tarian dan nyanyian si hero memujuk si heroin!\rSudah pasti filem Vittorio De Sica juga mendapat hak penayangan di panggung Coliseum! Penonton dan penggiat filem tempatan menjerit filem itu tiada benarnya jika dilakonkan! Realisme mengatasi sensasi! Kemudian hadir Godard! Perubahan baru. Sayajit Ray! Jim Jarmush! Abbas Kerostami! Filem Uwei Shaari sentiasa difahami dan menjadi box office!\rTapi yob! kita masih di dalam mould atau acuan yang berlainan. Hala tuju perfileman kita sudah mati terpahat oleh penggiat filem kita sendiri. Sebagai contoh yang sangat mudah, turutan Act 1, 2 dan 3 di dalam filem tempatan. Kita semestinya mengharapkan sebuah penceritaan yang mudah. Jika kita ubah sedikit kedudukannya kepada 1,3 dan 2 nescaya akan melompat tauke panggung menarik kembali surat wajib tayang. \rApatah lagi tangisan daripada pencinta filem Melayu yang mengatakan mengapa kita perlu melawan arus! Mengambil mastershot, tetapi tiada tembok? Tidak ada single? Sepatutnya sudah zoom in ni! Mana reverse shot? Penonton kita tak perlu berfikir untuk menonton! Kita beri apa yang mereka mahu Mat!\rBagaimana dengan skrip dan lakon layar? Whoa! Berat mata memandang berat lagi piala Lakon Layar Terbaik pada pesta filem. Acuan kita tidak membenarkan kita lari daripada penceritaan tempatan kepada yang lebih global atau keluar dari tempurung besi yang menutup kepala kita.\rJika kita ingin hasil filem kita terus kekal difahami di sini, jangan sekali kali lari dari acuan yang sudah ditetapkan. Jangan sekali kali cuba membuat kelainan kerana kelainan itu akan menyisihkan kita. Tiada kelainan diperlukan  dalam filem kita demi mengekalkan template itu tadi. Dari memberi inspirasi sesama penggiat filem, kita memilih untuk menjaga kesucian acuan itu. Jangan melawan arus, kata kita.\rTetapi aku terfikir, bukankah filem itu ibarat layang-layang gagah yang memerlukan deruan angin dari arus bertentangan untuk terus terbang tinggi!? Dapat melebar luas jauh berlayar megah setanding? Dan, jika talinya dipintal kukuh, sudah pasti ia tidak terputus! Satu cabaran yang perlu aku ambil.\rKerana itu yob, aku ingin terus jadi pengarah filim...

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034560 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list