View: 224|Reply: 0
|
Ahli Kongres AS akui jalin hubungan seks online
[Copy link]
|
|
NEW YORK: Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Anthony Weiner menitiskan air mata, kesal serta mengakui melakukan hubungan seks dalam talian atau secara online dengan beberapa wanita muda, namun enggan melepaskan jawatannya.\rWeiner mengadakan sidang media yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen untuk mengakui beliau terbabit dalam siri hubungan berahi online.\r\n\n\n\n\r Tekanan semakin meningkat kepada anggota Demokrat berusia 46 tahun selepas satu gambar jarak dekat seorang anggota dewan lelaki yang sedang ghairah dan memakai seluar dalam sampai kepada seorang wanita di Seattle menerusi akaun Twitter miliknya. Selama seminggu beliau menafikan sekeras-kerasnya menghantar gambar itu dan mendakwa digodam.\r\r\n\n\n\n\n Sambil mengesat air mata kelmarin, Weiner mengakui: “Gambar itu milik saya dan saya menghantarnya. Saya amat kesal dengan insiden ini.”\rKatanya, beliau menghantar gambar nakal itu secara online dan bertukar mesej seks dengan enam wanita sejak beberapa tahun lalu dan ‘kami menjadi rakan.’\rNamun, beliau turut menekankan, dia tidak pernah bertemu seorang pun wanita itu dan tidak melakukan hubungan fizikal di luar perkahwinan dengan Huma Abedin, seorang pembantu kepada Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton.\rWeiner, anggota Kongres tujuh penggal yang dilihat sebagai calon utama mengambil alih jawatan datuk bandar New York pada 2013. Beliau terus menegaskan tidak berhasrat meletak jawatan sebagai anggota Dewan Perwakilan AS.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak tahu apa yang perlu difikirkan. Ini adalah satu perkara yang merosakkan. Namun saya tidak akan letak jawatan. Saya sudah jelaskan saya akan bertanggungjawab atas perkara ini.”\rBagaimanapun, memberi isyarat bahawa masalahnya belum berakhir, anggota Demokrat terkemuka Nancy Pelosi, pemimpin minoriti di Dewan Perwakilan, berkata siasatan etika perlu dibuka.\r“Saya amat kecewa dengan mendalam dan kesal dengan situasi ini; untuk isteri Anthony, Huma, keluarganya, kakitangannya dan kawasannya,” kata Pelosi dalam satu kenyataan.\r“Saya menggesa satu siasatan Jawatankuasa Etika untuk mengenal pasti sama ada sebarang sumber rasmi digunakan atau sebarang pelanggaran peraturan parlimen berlaku.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|