CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Presiden Yaman melecur, timbalan putus sebelah kaki

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SANAA: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh melecur 40 peratus daripada tubuhnya dan mengalami pendarahan otak akibat serangan ke atas istananya minggu lalu.\rKeadaan Saleh didedahkan oleh pegawai Amerika Syarikat yang menunjukkan kecederaan yang dialami lebih parah daripada apa yang dilaporkan.\r\n\n\n\n\rKetiadaan Saleh yang dirawat di Arab Saudi meningkatkan lagi keganasan di Yaman, apabila tentera kerajaan terus bertempur dengan militan dan puak bersenjata di dua bandar di selatan Sanaa kelmarin.\r \r\n\n\n\n\nTentera mendakwa membunuh 30 militan, anggota kumpulan yang mengambil alih bandar Zinjibar minggu lalu.\rTiga hari lalu, Saleh dilaporkan semakin stabil selepas menjalani beberapa pembedahan di Arab Saudi dan dijangka pulang ke negaranya beberapa hari lagi.\rJika Saleh pulang, pertempuran hampir pasti tercetus semula di Sanaa. Jadi, pendedahan pegawai Amerika memberi isyarat Saleh tidak mungkin pulang dalam tempoh terdekat.\rTiga pegawai berkata, Saleh melecur lebih 40 peratus tubuhnya dan mengalami pendarahan otak, manakala pegawai di Yaman memberitahu, Saleh terbakar teruk di bahagian muka, leher dan dada. Satu daripada pembedahan dilakukan bagi membuang serpihan kayu yang tertusuk di dadanya.\r\n\n\n\n\rPerdana menteri, dua timbalan, speaker dua Dewan Parlimen dan ketua parti memerintah, juga diterbangkan ke Arab Saudi akibat cedera teruk.\rSeorang timbalan perdana menteri Rashad al-Alimi dibawa ke negara itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan nasibnya belum diketahui hingga kini.\rSeorang lagi timbalan, Sadeq Abu Ras, putus sebelah kaki, manakala gabenor Sanaa yang cedera parah di kaki dan tangan masih koma.\rAmerika sebelum ini melahirkan kebimbangan cawangan al-Qaeda di Yaman akan mengambil kesempatan berikutan keadaan huru-hara di negara itu.\rWashington dan Arab Saudi berusaha mendesak pegawai Yaman mengambil peluang pemergian Saleh dengan segera memulakan peralihan kuasa dan membentuk kerajaan baru.\rJurucakap Jabatan Negara Amerika, Mark Toner memberitahu wartawan di Washington, duta negara itu di Sanaa sudah bercakap dengan Naib Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi, pemangku jawatan presiden bagi menyatakan pandangan Amerika mengenai isu berkenaan.\rToner bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti berapa lama Saleh akan menjalani rawatan di Arab Saudi atau sama ada beliau masih merancang untuk pulang.\rSerangan ke atas istana Saleh berlaku selepas dua minggu pertempuran antara tentera kerajaan dan pembangkang daripada kumpulan puak di Sanaa, yang mahu menggulingkan beliau.\rPertempuran menjerumuskan negara itu kepada perang saudara selepas tunjuk perasaan jalanan oleh ratusan ribu penduduk Yaman gagal menggulingkan Saleh yang sudah berkuasa sejak 33 tahun lalu. – AP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048108 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list