View: 130|Reply: 0
|
Dengarnya: Rabecca keguguran kali kedua
[Copy link]
|
|
SIMPATI CIK Normah kepada pelakon tinggi lampai Rabbeca Nur Al-Islam kerana khabarnya usahanya untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian lagi. Teman Cik Normah yang putih gebu ternampak suami aktres itu di sebuah hospital swasta. Nak bertanya segan sebab mereka bukannya pernah bertemu.\rJadi dia meminta Cik Normah merisik daripada teman sepejabat. Teman Cik Normah pun apa lagi, terus menelefon sendiri si Rabecca. Aktres itu pun memberitahu yang dia mengalami keguguran sekali lagi. \r\n\n\n\n\rTentu Rabecca sedih kerana hasratnya untuk menimang cahaya mata masih tidak kesampaian. Mujur ada anak tiri dan anak angkatnya, bolehlah juga mereka mengubat kesunyian Rabecca. Tapi Cik Normah percaya, Rabecca mesti mengharapkan kehadiran anak sendiri bagi menambahkan lagi keharmonian rumah tangga bersama suami tercinta.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun Cik Normah percaya, pasti ada rezeki buat Rabecca. Lagipun Rabecca masih muda, jadi janganlah bersedih sangat ya! Pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian itu. Mungkin Tuhan sengaja hendak menguji kekuatan Rabecca atau mahu Rabecca memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anaknya yang lain terlebih dulu.\rAgaknya, Rabecca kerja kuat sangat kot. Mungkin kesibukan itu menjejaskan kandungan Rabecca. Jadi Cik Normah ingin nasihatkan pada Rabecca, kalau selepas ini hamil lagi, janganlah kerja kuat-kuat sangat ya. Bukan apa, takut perkara sama berulang.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|