|
Bolot empat daripada lima emas dipertandingkan semalamNEGERI Sembilan berpesta pingat emas dalam acara tenis apabila membolot empat daripada lima emas dipertandingkan di Kompleks Tenis, Jalan Duta, semalam. \rKilauan empat emas diraih menerusi kategori perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki dan beregu campuran, masing-masing menerusi Khoo Er Yang, Jawariah Nordin, pasangan Syed Mohd Agil-Mohd Fazree Said serta beregu campuran, Syed Mohd Agil-Jawariah.\r\n\n\n\n\rKejayaan itu membolehkan Negeri Sembilan muncul juara keseluruhan acara itu apabila mengumpul lima emas keseluruhan termasuk emas yang dipertandingkan dalam kategori berpasukan lelaki.\r\r\n\n\n\n\nKetua jurulatih Negeri Sembilan, Azam Baba, berkata berbekalkan persiapan dan latihan yang cukup, setiap pemain menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada temasya kali ini.\r“Pemain seperti Jawariah dan Khoo Er memang layak merangkul kejuaraan masing-masing kerana mereka menyinar sejak awal saingan,” katanya yang berharap kedua-dua pemain terbabit dan pemain lain diberi pendedahan di peringkat antarabangsa.\rEr Yang mudah memenangi emas dalam perseorangan lelaki membenam pemain pilihan dari Selangor, Juan Santos Los Santos 6-3, 6-1 sementara Jawariah menundukkan pemain Selangor, Alyssa Boey 6-1, 6-1 perseorangan wanita.\rGandingan Syed Mohd Agil-Mohd Fazree memenangi emas ketiga menundukkan Marcus Chee-Kevin Loke dari Wilayah Persekutuan 6-2, 7-5 sebelum Syed Mohd Agil-Jawariah melengkapkan hari gemilang Negeri Sembilan menewaskan Juan Santos-S Theiviya 6-1, 4-6, 10-4.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|