CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Kumpulan otai sedia kembali

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Handy Black, Ababil tampil hiburkan peminat rock di ibu kota esokSELEPAS kejayaan Fenomena Rock pada April lalu yang meraih kehadiran kira-kira 500 peminat rock tegar, malam esok sekali lagi empat kumpulan otai akan digabungkan untuk menggegarkan One Cafe Kuala Lumpur.\rKali ini bertemakan Fenomena Rock 2, giliran Handy Black, Ababil, Putra dan Teras, yang pernah mewarnai arena muzik sekitar akhir 80-an pula memanaskan gelanggang sekali gus mengembalikan semula nostalgia lalu.\r\n\n\n\n\rPersembahan anjuran One Voice Entertainment itu juga antara medan ujian meneruskan perancangan mengadakan konsert mega membabitkan penyertaan lebih banyak band popular yang dijangka diadakan selewat-lewatnya akhir tahun ini.\r\r\n\n\n\n\nPastinya acara yang turut berlangsung seawal jam 12 tengah hari dengan penampilan kumpulan baru pada sebelah siangnya bakal meninggalkan impak selepas masing-masing membawa haluan sendiri berbelas tahun lalu.\rBagi barisan asal Handy Black yang pernah merakamkan tiga album, peluang itu akan digunakan sepenuhnya untuk menghidangkan seleksi terbaik sepanjang tempoh 45 minit beraksi di pentas.\rIsa Rahman selaku vokalis berkata, persembahan terbabit bakal mengembalikan semula kenangan ketika mereka beraksi bersama sejak pertengahan 80-an malah selepas hampir dua dekad berpisah, inilah satu-satunya medan mereka bersatu.\r“Selepas masing-masing menumpukan perhatian terhadap kerjaya atau menyertai kumpulan lain, kami jarang bertemu hanya sesekali berhubung menerusi telefon dan apabila diundang menjayakan Fenomena Rock 2, ia menjadi reunion Handy Black asal.\r\n\n\n\n\r“Sekali gus gigs bersama teman seangkatan lain menyemarakkan semangat kami untuk merealisasikan album baru yang dirancang sejak setahun lalu,” kata anggota kumpulan yang dicungkil daripada gagasan Clash Of The Bands itu.\rTunjang asal mereka ketika itu ialah Mahmud sebagai vokalis, Rosli Jantan (gitaris), Badd (bass) dan Amy Kamikaze (dram) manakala Isa menyertai mereka ketika rakaman album sulung, Gempak, pada 1989 disusuli Lambang Sakti, Tangan Hitam serta Realiti.\rSelepas itu Handy Black kembali pada awal 1990-an bersama barisan baru membabitkan Lee, Elly dan Zam manakala akhir tahun yang sama pula menyaksikan kemasukan Zul selaku vokalis baru, namun lima tahun kemudian Amar pula menggantikan tempatnya.\rKebangkitan teman seperjuangan jadi dorongan\rABABIL yang juga berasal dari Johor pula turut berkongsi rasa teruja kerana mendapat peluang seperti itu selepas bertahun membawa haluan masing-masing termasuk ada di antaranya bermain muzik di pusat hiburan.\rJika dulu disebabkan nama yang menimbulkan kontroversi selain penutupan syarikat tempat mereka bernaung, mereka hanya sempat muncul dengan satu album berjudul Ababil, kini lima tunjang asalnya berasakan khalayak lebih bersikap terbuka.\r“Ababil ditubuhkan pada 1989 sebelum ada di antara kami menyertai kumpulan Qiara serta GET, namun kenangan ketika memperjuangkan karya bersama-sama masih tegar dalam ingatan.\r“Walaupun hanya ada satu album, kehangatan era rock 80-an akan kami bawa semula pada malam itu dengan pilihan lagu Inggeris,” kata Syed Haziq Abdullah yang bertindak sebagai vokalis.\rSelain Syed Haziq, kumpulan yang asalnya dinamakan History turut dianggotai Rosli Sarban, Mohd Hamdan Bakri dan Mohd Muzammir Salleh dan seperti Handy Black, mereka juga merancang tampil dengan produk baru.\r“Kebangkitan teman seangkatan turut mendorong kami menghasilkan lagu baru malah kami sudah duduk berbincang mengenai projek yang dijangka dapat direalisasikan tahun ini juga.\r“Kami mengikuti perkembangan muzik semasa dan memahami anak muda masa kini punya kecenderungan terhadap aliran muzik baru tetapi jangan lupa peminat rock tegar masih ramai bilangannya,” akuinya lagi.\rSementara itu, bagi peminat yang ingin merasai kehangatan rock era 80-an, hanya RM25 saja dikenakan di pintu masuk. Keterangan lanjut boleh dikemukakan ke 017-6166609/017-6179317/0193035124.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.324693 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list