|
Kegigihan memartabatkan dunia muzik negara mendapat pengiktirafan sewajarnya\rPADA 6 Jun lalu, berlangsung sebuah majlis yang tentunya memberikan seribu makna buat penyanyi lelaki terkenal negara ini, Anuar Zain. Berlangsung di The Oxford Centre, Oxford, United Kingdom, majlis itu menyaksikan penyanyi berkenaan menerima anugerah Professional of the Year, Oxford Centre for Excellence (Oxcell).\r\n\n\n\n\rLebih bermakna, Anuar menerima anugerah berkenaan daripada Datuk Bandar Oxford, yang diwakili Timbalannya, Alan Armitage. Turut hadir pada majlis terbabit ialah Datuk Bandar Abingdon, Mike Badcock, sebagai tetamu kehormat. \r\r\n\n\n\n\nPenyanyi berusia 41 tahun yang memulakan karier solo sejak 1998 itu menerima anugerah berkenaan atas atas kegigihan dan usaha yang tidak berbelah bahagi dirinya dalam memartabatkan industri muzik tanah air. Dia yang mempunyai tiga album solo mencipta pelbagai kejayaan sama ada di dalam mahupun di luar negara, selari dengan visinya untuk membangunkan karier seni ke satu peringkat yang lebih tinggi.\rVisinya itu dilihat sejajar dengan konsep pembelajaran Oxcell yang berlandaskan pada sembilan Kualiti Kecemerlangan. \rTurut memeriahkan suasana majlis ialah artis terkemuka Oxford, Georginia, yang menyampaikan sebuah lagu istimewa untuk Anuar, manakala persembahan video yang bertajuk Anuar Zain The Journey turut disediakan khas oleh Oxcell.\rPenyampaian biografinya pula disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif, European Council for Business Education (ECBE), R. Bryan Holden.\r\n\n\n\n\rMajlis penganugerahan itu turut dijayakan Presiden Oxcell, Dr. Saiful Bahri, ahli korporat, serta golongan profesional daripada Oxford, London dan Malaysia.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|