|
Radhi kuatkan semangat adakan persembahan di luar PENGASIH\rJIKA diamati raut wajahnya, jelas terpancar kekesalan akibat perbuatan dulu. Kini vokalis kumpulan OAG, Radhi, mahu meneruskan kehidupan lebih baik setelah empat bulan berada di Rumah PENGASIH.\r\n\n\n\n\r Wajahnya yang sayu juga jelas menggambarkan kegusaran untuk berdepan dengan masyarakat pada 25 Jun ini, bagi mengadakan persembahan sulung bersama kumpulan yang baru ditubuhkan, Outlet. Kumpulan itu dianggotainya bersama dua penghuni rumah terbabit.\r\r\n\n\n\n\n Meskipun sudah berasa tenang di situ, Radhi belum bersedia untuk melangkah keluar dari tempat yang banyak mengajarnya erti kehidupan dan sahsiah diri.\rBaginya, masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki sebelum menempuh cabaran dunia luar, agar tidak kembali terjebak seperti dulu.\r“Saya sebenarnya gementar untuk berdepan dengan orang luar kerana perasaan malu dan kesal itu masih menebal, tetapi saya diberi keyakinan oleh PENGASIH untuk berbuat demikian, menerusi persembahan itu nanti,\"爇atanya ketika ditemui pada sidang akhbar mengumumkan persembahan terbabit.\rSelaku vokalis dan pemain gitar bes, Radhi bersama dua rakan, Muhammad Kamil Mohd Muazzam (gitar) dan Hafizi Harun (dram) menubuhkan kumpulan itu.\r“Kumpulan yang baru dua bulan ditubuhkan ini bukan bagi menggantikan OAG, tetapi sekadar untuk memberikan hiburan dan pengajaran kepada orang luar terhadap apa yang kami lalui,” katanya.\rTampil dengan persembahan sulung di Downtown Bukit Dukung, Kajang, menjadi permulaan bagi mereka menyesuaikan diri dengan masyarakat selain memberikan pendedahan kepada golongan muda. Bakal mempersembahkan lagu OAG yang diberikan nafas baru, Outlet turut tampil dengan lagu baru ciptaan Radhi sendiri.\rLagu Aku Perokok Bodoh dan Tears Spark Street diharap dapat menghiburkan peminatnya nanti di samping memberi kesedaran kepada masyarakat.\r“Ini adalah tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat. Masa saya agak terhad untuk menghasilkan lagu baru memandangkan banyak aktiviti yang dijalankan di sini. Bagaimanapun dengan kelengkapan studio jamming di sini, ia memberi kemudahan kepada saya untuk menghasilkan lagu,” katanya.\rMelihat kepada nama Outlet itu sendiri yang membawa maksud jalan keluar kepada mereka membuka lembaran baru dalam kehidupan bukan saja mereka bahkan penghuni Rumah PENGASIH sendiri dalam membentuk jati diri yang sempurna.\rMenyedari masih ramai yang terjebak dengan dadah, Radhi mengharapkan persembahan mereka nanti sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada penonton.\rBagi Pengarah Urusan KL Downtown Night Market Sdn Bhd, Mohd Rustam Roshandin, program itu dianjurkan bagi memberi peluang kepada Radhi dan kumpulannya mendekatkan diri dengan masyarakat, di samping memberi keyakinan semula kepada mereka.\r“Kami nak tengok keadaan dia setelah empat bulan berada di sini, sama ada boleh berdepan dengan masyarakat di luar. Mereka akan mengadakan persembahan sebulan sekali, setiap hujung bulan.\r“Dari situ masyarakat dapat menyelami perasaan dan menerima mereka, bukan sekadar menuding jari atas apa yang mereka sudah lakukan. Lagipun persembahan ini percuma dan diadakan di tempat terbuka,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|