|
KETIKA ini, semua peminat rasanya sudah maklum hubungan matang yang terjalin antara pengarah Yusry Abdul Halim dan pelakon yang mempunyai iras Cik Normah, Lisa Surihani. Sudah banyak kali juga artikel mengenai hubungan mereka, sama ada dalam bentuk gosip mahupun pengakuan, disiarkan dalam media massa.\rCik Normah sendiri seronok mengikuti perkembangan hubungan mesra kedua-dua bintang popular ini. Masing-masing masih sendirian, sama-sama berjaya dan sama-sama lawa, jadi memang sesuai sangatlah kalah hubungan itu menuju ke arah yang lebih erat, seperti pertunangan dan seterusnya pernikahan. \r\n\n\n\n\rNamun di sini bukan Cik Normah hendak berceloteh fasal mereka berdua, tetapi si abang kepada Yusry, Norman, yang baru-baru ini didengar bergurau dengan beberapa wartawan berkaitan kisah cinta merpati dua sejoli terbabit. \r\r\n\n\n\n\nKisahnya, ketika menunggu sebuah acara membabitkan Norman bermula, dia menerima panggilan telefon daripada Lisa yang turut diundang menjayakan majlis berkenaan. Agaknya pelakon itu ingin memaklumkan dia akan sampai ke lokasi acara sebentar lagi. Sebaik saja selesai bercakap dengan Lisa di telefon, Norman toleh ke arah seorang wartawan di sebelah, sambil berkata: “adik ipar...”.\rWah, nampaknya hubungan mereka bukan saja direstui peminat, malah abang kandung sendiri pun sudah beri lampu hijau kepada kedua-dua insan seni ini. Jadi, apa yang ditunggu-tunggu lagi? Cik Normah dan rakan-rakan di pejabat ni memang sudah tak sabar nak rasa nasi minyak Lisa dan Yusry.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|