|
Ungkapan ‘kita bako’ memeriahkan lagi segmen AM KrewPENAMPILAN Usop Wilcha atau Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail memantapkan lagi segmen Hot FM AM Krew yang ketika ini membariskan Faizal Ismail, Fara Fauzana dan AG.\rBahkan kemunculan Usop yang mula dikenali dengan kemunculannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan gimiknya ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010) pada April lalu, akan menambahkan sengatan bisa segmen radio Lebih Hangat Daripada Biasa. \r\n\n\n\n\rUsop bersama-sama Faizal, Fara dan AG sudah mula bersiaran di Hot FM sejak 16 Jun lalu. Ini kerana sebelum kehadiran Usop, Hot FM digegarkan dengan spekulasi yang mengatakan Fara atau Fafau bakal meninggalkan stesen radio itu.\r \r\n\n\n\n\nApa pun, sememangnya populariti pelakon komedi berusia 46 tahun ini tidak dapat disangkal lagi. Malahan tidak keterlaluan Usop sudah pun mengumpul peminat sendiri dari usia kecil hingga dewasa dek telatahnya yang cukup menggamit hati untuk terus ketawa.\rKetika sesi sidang media yang berlangsung secara santai di Sanctuary, The Curve baru-baru ini Usop dan trio Hot FM itu ditampilkan dalam keadaan gimik apabila pelakon itu diarak menaiki kerusi roda sebelum acara berlangsung.\rKetua Pegawai Operasi Kumpulan Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul yang hadir memeriahkan majlis itu berkata, Hot FM sentiasa mencari peluang untuk terus memberikan yang terbaik kepada pendengar radio ini. \r“Kehadiran Usop akan memberikan dimensi kepada trio am krew dan juga satu kelainan untuk segmen ini. FBI, Fara, Usop dan AG mempunyai personaliti yang berbeza dan kami yakin kombinasi ini akan membuatkan pagi anda “terbako”, katanya.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, apa jua perubahan yang dilakukan Hot FM, ia adalah semata-mata mahu memenuhi serta menghargai pendengar stesen radio ini dengan memberikan yang terbaik, segar dan kreatif.\rBagaimanapun, Seelan menjelaskan kehadiran empat penyampai tidak akan menjadikan konti sesak dan perbualan mereka berkecamuk.\r“Saya tidak rasa ia menjadi masalah . Kehadiran semua penyampai ini pada setiap hari ibarat drama pagi kerana masing-masing mempunyai karakter yang berbeza setiap hari. \r“Pihak kita juga akan mencari formula bagi menangani keadaan ini bagi penambahbaikan dan mungkin kita akan bersiaran di tempat yang lebih luas,” katanya.\rSemengara itu, Faizal atau dikenali juga dengan jolokan FBI pula secara berseloroh, berkata kehadiran Usop seakan-akan ‘makhluk asing’ bagi menjadikan dunia Hot FM AM Krew tampil lebih ganjil dan berbeza.\r“Kehadiran Usop menjadikan dunia AM Krew lebih ganjil lagi. Karakter kami selama ini sudah menyerlah, jadi kehadiran Usop adalah satu suntikan segar,” katanya ceria.\rFara pula yang diapit tiga kumbang pula, berpendapat untuk mengendalikan program siaran bersama tiga lelaki dalam satu masa tidak memberi masalah kepadanya.\r“Tidak ada masalah untuk bersiaran bersama mereka dalam satu masa kerana kesemuanya profesional. Walaupun kenal Usop dalam masa tiga minggu, setakat ini kami tiada masalah,” katanya yang sempat mengusik rakan-rakan seperjuangannya itu.\rAG pula menganggap penyatuan mereka dalam mengendalikan program pagi itu adalah sebagai satau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. “Satu peluang untuk kami bekerjasama,” katanya ringkas.\rUsop yang sentiasa ramah berjenaka bersama para wartawan dan krew Hot FM yang hadir berkata, dia mahu membuktikan umur bukan penghalang untuk dirinya menambat hati remaja dan umur lanjut ada aura tersendiri.\rKatanya, dia juga akan terus menggunakan loghat Perak sebagai bahasa komunikasi ketika bersiaran kerana sudah pakar dalam bahasa itu berbanding bahasa negeri lain.\r“Saya perlu jaga sensitiviti masyarakat. Jika saya guna bahasa negeri lain dan salah, ia akan menyakitkan hati mereka. Jadi bagi saya yang mempunyai kepakaran dalam bahasa Perak, saya selesa menggunakan loghat negeri ini,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|