CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 1

Seram & Tragis

[Copy link]
Post time 25-6-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
UNTUK kali pertama, pengarah Joe Cornish tampil dengan cerita yang sarat dengan komedi mengenai makhluk asing yang menyerang satu kawasan majlis perbandaran di London. Attack the Block membawa kita kembali ke tahun 1995. Matthieu Kassovitz pernah menghasilkan filem yang agak klasik berkisar keganasan di pinggir bandar bertajuk La Haine atau Hate. \rKini, pelawak British yang menjadi pengarah, Joe Cornish, menghasilkan sesuatu yang hampir sama. Tapi kali ini dengan persekitaran yang agak baik.  Sesuai latar belakangnya sebagai pelawak, filem ini memang melucukan dengan komedi penuh aksi seperti mana filem L’Amour. Ia dikatakan sungguh melucukan, mengisahkan makhluk angkasa lepas menceroboh sebuah menara di selatan London. Dianggap sangat lucu apabila makhluk asing itu muncul dengan rambut panjang mengurai menutupi hampir seluruh badan dengan taring berwarna biru. \r\n\n\n\n\r    Makhluk ini akan mencari mangsa yang dirasakan tidak boleh mempertahankan diri. Kemunculan sekumpulan remaja dengan basikal BMX cuba melawan makhluk ini.  Di sebalik kelucuan itu, Cornish turut menyelitkan beberapa sindiran sosial dengan menampilkan makhluk asing sebagai subjek utamanya. \r\r\n\n\n\n\n    Antara isu diketengahkan dalam Attack the Block adalah mengenai cara mengawal sikap agresif remaja di Britain. Di sebalik sikap segelintir remaja nakal, liar dan agresif, pada masa sama mereka juga sebenarnya penakut dan boleh ditakut-takutkan. \rIsu kenakalan remaja memang persoalan yang besar dan berat tetapi Cornish membawanya dengan cara lebih santai. Pendekatan sains fiksyen dalam cerita ini juga dianggap sebagai satu sindiran fantasi. Jodie Whittaker memegang watak Sam, seorang jururawat disamun oleh sekumpulan lima remaja diketuai oleh Moses lakonan John Boyega. \rSam berkulit putih, dan remaja itu pula berkulit hitam, bercakap Inggeris dengan loghat Afrika. Mereka tidak tahu bahawa Sam boleh bertukar menjadi makluk menakutkan.  Moses bersama rakan-rakannya kemudian menjadi gabungan yang baik dengan Sam untuk melawan pengedar dadah ganas iaitu Jumayn Hunter.\rAttack the Block bukanlah filem mahal. Cornish mengarahkan filem ini dengan peruntukan bajet yang sangat sederhana tetapi tetap berupaya menghasilkan satu hasil kerja melucukan dan cukup bersahaja tetapi sarat elemen satira.  Filem ini juga disifatkan sebagai model sains fiksyen klasik seperti Independence Day dan filem drama fiksyen – Carpenter\'s Assault on Precinct 13 – tetapi sesuatu yang sangat penting adalah ia sangat sederhana dengan naratifnya seperti filem komedi Ealing pada 1947 - Hue And Cry.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2011 02:41 PM | Show all posts
tlg la.. jgn tgk citer nie.. ntah pape..
byngkn gengster dye budak2 naik basikal n skuter makanan segera...
aku tgk citer ney x smpi stengh jam da kua pnggung da...
b0san..
lau korg still nk tgk gk.. tgkla...
kot2 korg mint citer mcm ney..
hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041104 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list