Nassier Wahab yang haku minati ......kerna senikata lagunye yang sungguh indah diiringi swara
Istimewanyer anak kelahiran Pulau Pinang neh tak makan umo. Bukan tu aja, suaranye jugak kekal seperti pada awal kemunculannyer sewaktu era 80-an.
[share info]
sos:tenet
Nassier Wahab atau nama sebenarnya Mohd Nasir bin Abdul Wahab, seorang penyanyi, pelakon dan pencipta lagu dibesarkan di Teluk Air Tawar, Buttterworth, Pulau Pinang. Nassier mula berjinak dalam dunia seni sejak dibangku sekolah rendah lagi.Alam persekitaran di kampungnya yang mempunyai dua kumpulan kugiran iaitu "Les Pengembara" dan "Teruna Ria" banyak mempengaruhi nassier dalam dunia seni muzik.
Bakatnya mula dikesan oleh stesen radio RTM Pulau Pinang, apabila Nassier berjaya menjadi naib juara dalam Pesta Pulau Pinang 1984 dan Top Finalis dalam pertandingan Bintang Bintara pada awal tahun 1985. Nassier kemudiannya ditawarkan menjadi penyanyi undangan dalam rancangan-rancangan terbitan radio RTM Pulau Pinang bermula dari rancangan "Bakat Baru"sehinggalah ke rancangan "Temasya Ria".
Awal tahun 1985 bermulalah karier Nassier sebagai seorang recording artis apabila ditawarkan bernaung di bawah syarikat Seri Record di Pulau Pinang.Album pertamanya yang diterbitkan oleh komposer S.Atan dirakamkan di Singapura berjudul "Cinta Dan Perasaan"
Nassier muncul lagi bersama album "KOLEKSI 20 TAHUN TERUNGGUL NASSIER WAHAB" yang memuatkan sebahagian dari lagu-lagu hits popularnya seperti "Bayangan Wajah Duka","Sebuah Janji Tak Beerti","Sekali Aku Jatuh Cinta","Undangan Rindu" dan lain-lain.
* Artikel neh dipetik dari mingguan mStar
Nasier Wahab SEKALI pandang, pasti ada di antara kita akan memikirkan lelaki bermisai nipis dan berkaca mata ini berusia dalam lingkungan awal 40-an.
Itu bagi sesiapa yang tidak mengenali penyanyi Nassier Wahab atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Abdul Wahab.
Ironinya, dia yang masih diminati sehingga kini menerusi lagu popularnya seperti Pesona Cinta, Pak Pandir Moden, Lambaian Perpisahan, Bayangan Wajah Duka dan Memori Cinta Luka ini sebenarnya sudah mencecah usia 49 tahun.
Istimewanya anak kelahiran Pulau Pinang ini tidak makan usia. Bukan itu sahaja, suaranya juga kekal seperti pada awal kemunculannya sewaktu era 80-an.
Percaya atau tidak, kalau kita menyaksikan persembahan Nassier, ramai yang akan terpegun dan tertanya-tanya adakah dia menyanyi secara mimik (miming) ataupun sedang membuat persembahan secara langsung? Sedangkan dalam sejarah penglibatan Nassier sebagai seorang penyanyi, dia lebih selesa membuat persembahan secara langsung kerana mutu suara yang dimilikinya tidak pernah berubah walaupun ketika peningkatan usia.
Sapu minyak zaitun
Bagi lelaki ini, penjagaan kesihatan luar dan dalam amat penting untuk seseorang.
Apatah lagi ketika usia semakin lanjut, penjagaan makanan yang teratur amat penting supaya kehidupan menjadi lebih sihat selain membolehkan seseorang itu kelihatan sentiasa muda.
Sebagai seorang yang mendambakan diri seratus peratus dalam bidang seni, Nassier mengakui dia amat mementingkan penjagaan kesihatan kerana ia adalah satu anugerah yang amat bernilai buat semua umat manusia tanpa mengira siapa mereka.
“Sejak 15 tahun lalu, saya selalu amalkan menyapu muka dengan minyak zaitun sebelum tidur pada setiap malam. Dalam sebotol minyak zaitun itu biasanya digunakan sehingga sebulan setengah.
Selepas itu saya banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW kerana saya percaya tentang doa yang boleh membantu menambahkan seri seseorang.
“Selain itu, saya juga sudah sepuluh tahun mengamalkan meminum madu yang di campur dengan 44 jenis akar kayu yang telah direbus dan dijemur. Akar kayu itu dibuat oleh kenalan saya iaitu Wak Khalid yang saya anggap seperti tok guru dan doktor. “Tentang pemakanan, saya kurang makan nasi dan banyak mengambil suplemen untuk tenaga,” kata Nassier kepada Mingguan mStar ketika di rumahnya di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor.
Penyanyi yang baru muncul dengan single terbaru berjudul Andai Kau Di Sini itu turut tidak keberatan untuk memperlihatkan bilik mandinya yang menghimpunkan banyak produk keperluan harian yang digunakannya.
Antara jenama produk yang menjadi pilihannya adalah Nivea, St. Ives, Olay dan Listerine.
Disebabkan skop kerjanya sebagai selebriti, Nassier amat mementingkan penampilan apabila keluar dari rumah.
“Saya akan meletakkan bedak pada muka agar tampak sentiasa kemas dan rapi kerana kadangkala apabila berada di luar ada kalangan peminat yang mahu bergambar.
“Saya tidak mahu dilabel sebagai artis selekeh. Lebih-lebih lagi saya selalu mempunyai persembahan pada setiap Jumaat dan Sabtu.
“Selepas kembali ke rumah, saya akan pastikan muka dibersihkan sebelum tidur. Jika mempunyai masa lapang, saya membuat rawatan muka,” ujarnya lagi.
Di samping menjaga penampilan luaran, Nassier juga berkongsi tentang petua lain yang melibatkan jiwa dan muhasabah diri.
Nassier juga mengakui dia turut mengamalkan petua tidak suka menyimpan masalah dan sentiasa berusaha untuk sentiasa gembira kerana ia boleh menyebabkan dia kelihatan lebih muda dari usianya.
“Jika sesiapa sahaja yang rapat dengan saya dan orang itu nampak murung, saya akan tegur dan beri nasihat agar dia menyelesaikan masalah itu.
“Jadi apabila melihat orang lain gembira, secara automatik perasaan itu akan refleks kepada kita.
“Selain itu, saya mengamalkan doa yang diberikan oleh ibu seperti doa Nabi Yusuf yang dibaca sebelum tidur dan selepas sembahyang,” ceritanya.
Dalam masa yang sama Nassier juga gemar berpuasa kerana cara itu turut membuatkan seseorang bertambah sihat.
Katanya, amalan berpuasa bukan hanya untuk orang Islam semata-mata sebaliknya kaum-kaum lain juga boleh melakukan amalan serupa. Perkara itu turut diakui oleh doktor-doktor perubatan.
Borong baju batik
Beralih kepada pakaian, Nassier gemar berbelanja lebih untuk membeli pakaian. Antara pakaian yang menjadi pilihannya adalah kemeja batik Terengganu.
Ada di antara kemeja tersebut berharga mencecah ribuan ringgit dan prinsip Nassier ialah membeli apa sahaja barangan asal dia meminatinya selain perlu cantik pada pandangan mata.
“Sebagai artis saya tidak akan membeli pakaian yang biasa dibeli oleh orang lain dan kadangkala pakaian itu ada yang ditempah eksklusif.
“Saya akan ke Terengganu setiap bulan semata-mata untuk memborong baju batik,” ujarnya.
Menyelak sedikit perkembangan seninya, Nassier bakal muncul dengan dua lagu baru berjudul Jangan Biar Aku Pergi dan Ungkapan Hati.
errrr....kenapa citer ni masuk ruangan ni?
adakah beliau seorang lagenda? <--belum lagi rasanya, tunggula tahun2 mendatang...
adakah beliau sekadar mitos? <--tak jugak...nyata je wujudnya...
adakah beliau sudah menjadi sejarah? <--pun belum sampai masa...
bg sy, ni pun sejarah juge.
sbb, org yg buke thread ni,
nak tunjukan sejara ...
manuskrip_lama Post at 29-6-2011 21:07
pada aku better masukkan thread ni dalam ruangan artis atau hiburan...sebab kat sana ramai penyokongnya...kalau masuk dalam bod ni, lebih menjurus kepada sejarah manusia, tamadun dan peradaban...