View: 214|Reply: 0
|
Dengarnya...: Lagu Hazami dalam bahasa Tagalog
[Copy link]
|
|
DIAM-DIAM ubi berisi. Perumpamaan itu tepat Cik Normah tujukan buat Hazami yang muncul dengan album khas, Petikan Sedekad Hazami. Mana tidaknya, daripada Sherry Kepoci dikhabarkan penyanyi terbabit semakin mendapat tempat di Filipina selepas lagunya, Tekad yang dijadikan versi Tagalog berjudul Hanggang Wakas menjadi siulan peminat di negara itu.\rKejayaan lagu duet bersama penyanyi Filipina, Kayla hingga berada pada tangga nombor satu carta radio di negara dalam tempoh dua minggu dilancarkan iaitu pada November tahun lalu membuatkan namanya terus jadi sebutan. \r\n\n\n\n\rSherry Kepoci yang memang ‘hantu’ telenovela negara jiran tu pun pernah Cik Normah sangka kena sampuk sebab asyik menyanyi lagu Hanggang Wakas. Cukup yakin diri sekali pun biji butir tak tentu hala.\r\r\n\n\n\n\nSekarang ini difahamkan penerbit di sana mahu mengumpul koleksi lagu hits Hazami untuk dialih bahasa. Cuma Cik Normah tak pasti lagu yang mana satu dan sama ada dihasilkan dalam bentuk album mini atau versi digital muat turun. \rMereka percaya nukilan penyanyi dan komposer berbakat itu akan mampu memancing perhatian ramai seperti mana Hanggang Wakas.\rSememangnya muzik menyatukan rumpun Asia. Paduan suara dengan penyanyi Indonesia yang sudah terlalu biasa dan apabila usaha merealisasikan gabungan Malaysia dan Filipina berhasil seperti ditonjolkan Hazami, ia sudah membuktikan muzik tanpa sepadan. Bukan hanya kita saja beria-ia menyanyikan lagu dalam bahasa Tagalog, beberapa penyanyi di sana juga mempunyai hasrat menyampaikan dendangan dalam bahasa Melayu.\rCik Normah berbangga dengan usaha syarikat tempatan yang mencari strategi seperti ini demi memasarkan lagu komposer tempatan ke pasaran luar. Harapan Cik Normah lebih ramai lagi penyanyi atau komposer mendapat peluang sama yang turut membuktikan ramai dalam kalangan penggiat seni suara kita berbakat besar serta kreatif.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|