CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Man Bai pendam rasa

[Copy link]
Post time 30-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Akui tidak bagus menyepikan diri, kini kembali dengan lagu terbaru Inspirasi\rLAGU Aku Masih Terasa dan Suratan Takdir begitu dekat dengan peminat seni suara sekitar 80-an. Lagu nyanyian kumpulan yang berasal dari Johor Baharu ini sering menjadi siulan malah turut menjadi lagu wajib apabila berkunjung ke pusat karaoke.\r\n\n\n\n\rMemperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan Gersang, ia ditubuhkan pada 1981 dan dianggotai enam anak muda ketika itu. Selain penyanyi yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Man Bai dibantu lima lagi anggota asal mereka yang dari kalangan pemain muzik dikenali hingga hari ini seperti Man Greng (bass) Kid (gitar utama), Ajib (gitar), Jojet (drum) dan Acis (keyboard).\r\r\n\n\n\n\nDi dalam pembabitan mereka bersama, hanya tiga album saja yang sempat mereka rakamkan bersama bermula 1988 dengan judul Masih Aku Terasa, Suratan Takdir (1989) dan B29 (1990). Kesemuanya melakar sejarah pencapaian tersendiri di mana mereka pernah menjulang Anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular 1990 di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).\rWalaupun sudah 20 tahun mereka tidak lagi bersama, namun kesemua anggota kumpulan ini masih lagi berkerjaya di dalam industri muzik ini. Mereka yang cenderung dengan alat muzik masih meneruskan kerja mereka dan Man Bai selaku penyanyi juga tidak lari dalam bidang yang sama.\rSebaik mereka berpecah, bak kata pepatah untung batu tenggelam, untung sabut timbul, begitulah yang boleh digambarkan keadaan mereka ketika itu. Ketika bergerak secara solo, Man Bai cukup dikenali dengan lagu Kau Ilhamku yang masih popular sehingga sekarang. \rNamun, kini Man Bai sering kali dilihat kerap menyendiri sejak kebelakangan ini. Tiada lagi cerita kerjayanya dilaporkan menerusi media, malah kemunculannya di pentas persembahan juga jarang sekali dapat dilihat. \r\n\n\n\n\rKesempatan bertentang mata bersama Man Bai pada sesi pradengar album terbarunya baru-baru ini, Hip dapat sedikit menyelami perasaan gembiranya apabila ditawarkan syarikat rakaman Sony Music menaunginya.\r“Kehidupan saya sekarang ini terlalu banyak menyendiri, saya tahu perkara ini tidak begitu baik untuk diri saya dan orang sekeliling saya.\r“Memang saya banyak menyimpan perasaan dan yang saya tidak suka akan saya pendam. Saya marahkan diri saya bukan saja dalam bidang nyanyian ini tetapi banyak aspek seperti industri hiburan, ekonomi negara dan generasi akan datang. \r“Apabila benda itu berceramuk di dalam kepala saya, ia menjadi persoalan kepada saya, adakah saya masih ada masa depan di dalam industri ini? Saya akur memang orang masih mengenali saya seperti dulu lagi dan bertegur dengan saya, namun bolehkah mereka menerima saya kembali seperti dulu selepas industri kita mengalami begitu banyak transformasi,” katanya.\rApabila diimbas kembali perjalanan kumpulan yang pernah meraih anugerah Album Platinum menerusi Aku Masih Terasa dan Suratan Takdir, Man Bai seakan sebak apabila melihat kelebihan yang mudah diperoleh artis baru hari ini.\r“Seperti album pertama dan kedua saya dulu memang terjual dengan larisnya tetapi saya tidak nampak ke mana hasilnya. Masa dulu kami agak susah, kami menyewa rumah yang kecil, walaupun kami artis tetapi jika melihat keadaan kami tidak seperti artis hari ini.\r“Saya hanya duduk di dalam sebuah bilik yang memiliki ruang yang terhad untuk bergerak, jika hari ini ia tidak ubah seperti bilik pembantu rumah saja. Saya sangat memendam rasa dengan kelebihan yang generasi hari ini dapat begitu mudah, namun tidak tahu untuk menghargai kelebihan itu. \r“Saya tidak cemburukan mereka, tetapi saya memikir macam mana saya mahu kembali ke zaman hari ini untuk berkarya,” katanya yang sangat mengharapkan album terbarunya berjudul Inspirasi boleh diterima semua peringkat hari ini.\rBegitupun, Man Bai juga kesal dengan sikap artis baru yang mengambil mudah gelaran artis tanpa memikirkan impaknya sekiranya berlaku perkara negatif yang mereka lakukan.\r“Satu lagi yang saya sangat memendam dengan sikap individu baru yang mengaku dirinya artis, ujian lakonannya di dalam sesebuah drama pun masih belum teruji malah penonton pun tidak perasaan kewujudannya sudah berani membawa nama artis. \r“Lebih lagi apabila mereka membuat hal dan ditangkap polis, esoknya terpampang seorang artis ditangkap, bila kita tanya tak ada orang pun yang kenal mereka kerana mereka hanyalah artis karaoke namun berani mengaku artis popular, secara tidak langsung orang akan memandang buruk kepada golongan artis ini,” katanya.\rTunggu panggilan berlakon\rSEBAIK berjaya melahirkan album solo ketiganya apabila kali terakhir berlaku pada 1999, Man Bai kembali bersemangat untuk mengharungi kembali industri hiburan, malah memasang impian untuk bergabung kembali bersama semua anggota Gersang dengan melahirkan album terbaru mereka.\r“Saya masih peringkat berbincang dengan semua anggota Gersang, Insya-Allah tahun depan kami akan kembali sekiranya tiada aral melintang. Walaupun sudah 20 tahun kami tidak bersama, namun kali terakhir kami mengadakan persembahan pada pada Mac lalu sekali gus mengubati rindu kami dengan lagu-lagu Gersang.\r“Ternyata orang masih mengingati lagu Suratan Takdir apabila mereka menyanyikan bersama-sama. Saya bangga melihat sambutan mereka terhadap Gersang masih ada. Kami merancang untuk menerbitkan album penuh yang akan bernaung di bawah Sony Music. Apa yang pasti kami akan membuat sesuatu yang simple dan mudah dinyanyikan oleh semua peringkat.\r“Namun adakah album itu nanti boleh terjual hanya saya serahkan kepada yang Maha Esa,” katanya\rSementara itu, Man Bai bukan saja dikenali sebagai penyanyi yang baik, namun pelakon yang berkarektor apabila pernah terbabit dengan beberapa filem seperti Layar Lara, Syukur 21, Cinta 200 Ela, Ah Lok Cafe, Puteri Gunung Ledang dan 1957: Hati Malaya.\r“Kali terakhir saya berlakon di dalam filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba di dalam 1957: Hati Malaya. Sebenarnya kini saya semakin jarang berlakon bukan kerana sudah tidak berminat, namun mengakui tiada tawaran diterima walaupun saya masih menyintai bidang itu.\r“Memang ada benarnya saya harus memilih watak yang sesuai dan memenuhi citarasa saya, namun tawaran pun sudah tiada, apa yang mampu saya buat.\r“Memanglah pada usia saya sekarang takkanlah saya mahu pergi uji bakat, mana-mana artis lama pun tidak akan pergi uji bakat, kalau produser atau pengarah betul mengenali kita, mereka akan panggil saja. Saya sentiasa menanti peluang itu lagi,” katanya yang suka lakonannya menjadi buah mulut orang. \rINFO Man Bai\rNama Sebenar: Abdul Rahman Osman\rAsal: Johor Bahru\rUsia: 44 tahun\rTarikh Lahir: 30 November 1967\rAlbum Gersang: Masih Aku Terasa (1988), Suratan Takdir (1989), B29 (1990)\rAlbum Solo: Man Bai Kau Ilhamku (1995), Positif (1999) dan Inspirasi (2011)\rFilem: Layar Lara, Cinta 200 Ela, Syukur 21, Ah Lok Cafe dan Puteri Gunung Ledang

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.035721 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list