|
Persembahan pemuzik jalanan tetap menghiburkan walaupun ringkas\rPEMUZIK jalanan atau lebih dikenali sebagai `busker\' sering dipandang serong oleh segelintir masyarakat dengan menganggap mereka sebagai peminta sedekah.\r\n\n\n\nAktiviti mereka itu dilihat seolah-olah setaraf dengan pengemis jalanan walaupun tujuan pemuzik jalanan ini hanya untuk menghiburkan orang ramai. Di negara luar seperti di Eropah, Amerika atau Jepun, persembahan daripada ‘busker’ dihormati oleh masyarakat. Malahan, ada yang tidak berkira untuk menghulurkan wang sebagai menghargai persembahan mereka. \r\rDi negara kita, ‘busking’ sebenarnya bukanlah asing sangat, terutama di sekitar Kuala Lumpur. Kalau berkunjung ke Pasar Seni atau menjamu selera pada waktu malam di Medan Selera Benteng dekat Dataran Merdeka, kita dapat melihat golongan busker bermain muzik sambil menghiburkan pengunjung. Selalunya mereka ini ditemani dengan alatan muzik ringkas seperti gitar dan harmonika.\r\n\n\n\n\n\rDi Eropah dan Amerika Syarikat, aktiviti ‘busking’ ini mendapat sambutan yang baik dari khalayak. Iaia sudah dianggap sebagai perkara biasa. Golongan ini juga dianggap unik kerana mereka boleh berkebolehan membuat persembahan secara spontan di hadapan khalayak dengan kreativiti serta bakat yang tersendiri.\rIngin lari dari tanggapan negatif masyarakat dan memartabatkan seni muzik jalanan ini, Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA) dan CRG Communications bekerjasama dalam usaha menubuhkan sebuah persatuan yang memperjuangkan golongan busker di tanah air.\rMenurut Pengarah Eksekutif INSKA, Anuar Mohd Nor, yang ditemui di Malam Busker’s dan Pradengar Album Single Society di Rumah PENA, baru-baru ini, golongan busker ini layak dipanggil seniman ataupun karyawan muzik setaraf dengan penyanyi di arus perdana.\r\"Kami di sini mahu menaikkan nama seni busking, di mana pihak kami sedar jika golongan ini diberi lebih peluang dan ruang untuk menonjolkan bakat, mereka mampu duduk setaraf dengan penyanyi komersil.\r\"Busking adalah salah satu komponen yang merakyatkan seni, kerana seni ini sudah sebati dengan rakyat, cuma ia kurang dikenali dan diiktiraf ramai kerana.\r\"Ada di antara mereka yang mula berkecimpung dalam bidang seni ini sejak dari era 70-an lagi lagi. Mereka ini sudah menimba pelbagai pengalaman dan kini sudah sampai masanya kami tampil ke hadapan bagi mengetengahkan golongan busker di arus perdana. \r\"Selama ini kurangnya inisiatif, dan apabila timbulnya kesedaran itu, kami dari pihak INSKA dan CRG Communications perlahan-lahan bergerak untuk mempromosikan pemuzik ini. Oleh sebab itu, kami menganjurkan Malam Busker’s dan Pradengar Album Single Society ini untuk menarik minat orang ramai dalam situasi yang santai. Mungkin ini kelihatan agak baru, oleh itu kami memerlukan sokongan dari orang ramai terutama golongan muda,\" katanya yang turut bekerjasama bersama abangnya, Dr Azam Mohd Nor.\rTidak dikenali kerana kurang promosi\rHADIR ke acara yang menggabungkan segelintir pemuzik jalanan di Rumah PENA, secara tidak langsung menyaksikan usaha golongan pemuzik jalanan yang sudah bertapak sejak dari 30 tahun lalu ini tidak pernah mengenal erti jemu dalam memartabatkan dan mengangkat corak persembahan muzik mereka.\rMalam tersebut dimeriahkan dengan nyanyian penuh lenggok, siulan harmonika dan petikan gitar dari busker berpengalaman seperti Azmyl Yunor, Nan Blues atau nama sebenarnya Aznan Aziz dan Syed Amran Syed Omar, serta kumpulan Society yang dianggotai oleh Meor Yusof Aziddin, Amin Iskandar dan Daiyan Trisha Mohammad Nasaruddin.\rMereka bukanlah nama yang asing dalam dunia muzik busking. Kebanyakan sudah terbabit sekian lama dan ada antara mereka seperti Azmyl dan Syed Amran pernah menyumbang lagu untuk penyanyi terkenal seperti Iklim, Ibnor Riza, Shima dan Toki, malah pernah bekerjasama dengan stesen penyiaran tempatan.\rTidak dinafikan mereka mempunyai bakat tersendiri dalam penyampaian mereka menghiburkan penonton, bukan saja petah bercakap dan berinteraksi bersama penonton, malah keseluruhan karya mereka dihasilkan dengan buah fikiran sendiri tanpa dibayangi oleh mana-mana penggiat yang lain.\rKebanyakan pemuzik jalanan di sini memainkan muzik yang berkonsepkan folk yang berilhamkan dari kehidupan sekeliling, di mana kita dapat dengar dari bait-bait lagunya, mereka lebih menerapkan elemen ketuhanan, kemanusiaan dan kehidupan seharian. Namun, satu kekurangan yang boleh dikatakan pada acara ini adalah kurangnya promosi, pendedahan dan tarikan.\rAcara malam itu juga diadakan buat pertama kali di sini, sempena memperdengarkan single terbaru kumpulan Society yang akan melancarkan album mereka pada Julai ini.\rSelain itu, ia juga memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dan berhibur bersama seniman jalanan terbabit. Pada masa sama Society mengambil kesempatan memperdengarkan lagu mereka iaitu, Berani Bercinta dan Emas Bertatah Permata.\rSociety dianggotai oleh Meor Yusof Aziddin, 44, sebagai pemain gitar dan vokalis kedua ini adalah individu asal yang kekal sejak kumpulan ini ditubuhkan pada 1992 dan amat mengharapkan penggiat muzik busking ini mendapat tempat di sisi masyarakat sebagai satu bentuk seni yang positif dalam merakyatkan seni tanah air.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|