CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

11 tarian negeri di DFP

[Copy link]
Post time 4-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Alunan Warisan perlihat betapa kaya khazanah budaya negara\rKHAZANAH seni yang tersimpan sejak sekian lamanya akan lenyap juga sekiranya tiada inisiatif atau tanggungjawab sosial baik dari kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun individu sendiri menyedarinya.\r\n\n\n\n\rBiarpun negara masih jauh lagi untuk berada di kedudukan sama dengan negara maju lain, namun perlu diingat khazanah seni dan budaya yang ada di negara ini tidak sama sekali dapat di saingi oleh mana-mana negara di dunia.\r\r\n\n\n\n\nPerkara inilah yang perlu disedari oleh setiap individu untuk menjaga dan mendekatkan kepada generasi hari ini berkaitan tingginya nilai khazanah negara itu di mata dunia.\rJusteru, Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) melihat tanggungjawab itu dengan merancang mengadakan persembahan bertaraf dunia disamping memperlihatkan keunikan seni tarian dan muzik tradisi negara.\rMelalui himpunan 11 tarian dan muzik dari setiap negeri yang ada di negara ini, persembahan istimewa yang diberi nama Alunan Warisan berupaya memperlihatkan kepada dunia bahawa betapa kaya negara dengan seni budaya yang ada.\rKesempatan menyaksikan beberapa persembahan repertoire pada pra persembahan kepada media baru-baru ini, jelas betapa beruntungnya negara memiliki keunikan seni budaya dari pelbagai negeri.\r\n\n\n\n\rPenerbit Alunan Warisan, Hartini Abdullah berkata, penjagaan dan pemuliharaan khazanah seni negara bukan sebagai tugas utama di KSPP, malah ia adalah tanggungjawab setiap individu dalam negara.\r“Alunan Warisan adalah potpuri tarian tradisional dan etnik yang jarang dapat ditonton oleh masyarakat hari ini. Inisiatif mengadakan persembahan ini agar khazanah seni budaya terus terpelihara untuk bekalan kepada generasi hari ini dan akan datang.\r“Ia bukan persembahan kali pertama pernah di adakan KSPP dan setiap tahun kami akan merancang pelbagai lagi bentuk persembahan warisan untuk di dokumentasi sebagai bahan rujukan,” katanya yang ditemui baru-baru ini.\rAlunan Warisan yang akan diadakan pada 5 hingga 6 Julai ini di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) akan menyajikan 11 tarian dari setiap negeri di negara ini.\rPersembahan ini akan diselangselikan dengan muzik dan lagu asli, joget, ghazal dan gamelan yang mendapat sentuhan kontemporari oleh penggubah muzik KSPP, Ahmad Muriz Che Rose. Bagi tarian pula, A Sam Palal bertindak sebagai pengarah tari serta penulis skrip dan pengarah Mak Yong oleh Zahari Hamzah.\rPenonton yang hadir akan dapat menyaksikan keunikan rentak Tari Pelanduk dari Pahang, pakaian yang menghasilkan bunyi dalam tarian Mengarang Kaba (Negeri Sembilan), dan Dondang Sayang (Nona Manis, Melaka) adalah sebahagian daripada atur cara dalam Alunan Warisan yang akan dipersembahkan.\rMengadap Rebab, teater Mak Yong dari Kelantan akan menjadi pembuka tirai persembahan pada malam itu dan dikir barat pula akan menutup persembahan.\rINFO: Alunan Warisan\rTarikh: 5 hingga 6 Julai 2011\rTempat: Dewan Filharmonik Petronas (DFP)\rMasa: 8.30 malam\rTiket: Premium (RM60), A Reserve (RM50), B Reserve (RM30) dan C Reserve (RM15)\rTempahan: 03-20517007 atau [email protected]\rLaman Web: www.dfp.com.my & www.mpo.com.my\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049833 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list