CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Fragmen: Dunia hiburan dalam bahaya?

[Copy link]
Post time 11-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Fragmen: Dunia hiburan dalam bahaya?Oleh Zainuri Misfar2011/07/11\n\n\n\n\n\n\n\nBELUM pernah dalam mana-mana mesyuarat agung persatuan artis terpaksa dikawal oleh polis dan RELA, tetapi inilah yang berlaku ke atas Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).\rKetika mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-12 di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay pada 30 Julai lalu, persatuan ini menempatkan 10 polis dan 10 anggota RELA. \r\n\n\n\n\rPresiden KARYAWAN yang dipilih sekali lagi menerajui persatuan ini, Datuk Freddie Fernandez dalam kenyataannya yang disiarkan dalam Hip pada 4 Julai lalu, mengesahkan terpaksa memanggil polis dan RELA atas alasan untuk menjaga keselamatan ahlinya. \r\r\n\n\n\n\nTapi ini menyebabkan masyarakat dan artis lain yang bukan ahli KARYAWAN berasakan dunia hiburan sekarang sudah ganas! Gambaran yang wujud seolah-olah ada permusuhan yang sangat serius di kalangan penggiat seni hiburan, pelakon, penyanyi dan pemuzik, yang baru atau veteran. Jadi, siapakah yang bermusuh atau memusuhi ahli KARYAWAN dan juga mungkin presidennya? \rSudah banyak kali mengikuti dan memerhatikan sendiri AGM persatuan hiburan seperti Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA).\rBerbeza dengan KARYAWAN, mesyuarat agung semua persatuan itu diadakan secara terbuka dan telus. Wartawan bukan saja boleh membuat liputan, malahan dijemput menjadi pemerhati perjalanan mesyuarat. Bahkan, wakil media kadang-kadang dijemput untuk mengira undian bagi memilih barisan AJK.\rBerselisih pendapat, bertegang leher sehingga meninggi suara, malahan ada yang menengking mengenai pelbagai isu berbangkit adalah sesuatu yang lumrah dalam AGM persatuan artis. Selalunya, topik paling panas membabitkan isu kewangan atau keahlian. \r\n\n\n\n\rNamun, tegang macam mana sekalipun, ia habis dalam dewan atau bilik tempat AGM itu dilangsungkan. Di luar dewan atau selepas AGM itu, hubungan setiap ahli kembali seperti biasa. Tiada ugut-mengugut atau berpaling muka apabila saling bertemu.\rSudah beberapa kali KARYAWAN mengadakan AGM secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan masuk atau memerhatikan perjalanan AGM mereka berlangsung. Hanya jurugambar dibenarkan merakamkan suasana AGM KARYAWAN. \rKita tidak nafikan KARYAWAN dilihat sebagai persatuan artis yang dianggap aktif dalam memperjuangkan kebajikan ahlinya berbanding persatuan lain. Mereka sentiasa bertungkus-lumus mencari peluang dan harapan kepada ahli-ahlinya terutama  artis veteran dengan memberikan sumbangan sebaik mungkin atau sekadar yang mampu. Inisiatif ini memang patut dipuji sebab ia tidak pernah atau mungkin jarang dilakukan oleh persatuan lain. \rNamun KARYAWAN dan Freddie bagaikan sudah sebati. Ada yang beranggapan KARYAWAN adalah Freddie dan Freddie adalah KARYAWAN. Pada kaca mata umum, KARYAWAN seperti milik Freddie. Ini persepsi yang perlu diperbetulkan. \rAntara kenyataan yang dikeluarkan oleh Freddie kepada media selepas dipilih semula sebagai Presiden KARYAWAN, persatuan mahu berjuang untuk mendapatkan royalti pelakon. Kita tidak berniat langsung memperkecilkan usaha KARYAWAN itu. Tapi kita kenalah bersiap realistik terhadap perkara ini. Lagi pun ini bukan isu baru. \rMenuntut royalti terhadap karya yang lepas, sama ada sudah disiarkan di radio atau TV, bukan seperti kita makan kacang. Kalau hendak membuat tuntutan royalti, ia kena bermula dari sekarang. \rBermula hari ini, semua syarikat penerbitan (production house) dan stesen TV perlu mengemukakan kontrak yang antara lain dalam terma kontrak itu menyatakan kalau mereka mahu menggunakan pelakon atau penyanyi yang daripada ahli KARYAWAN, disyaratkan mesti diberikan bayaran royalti pada peratusan tertentu, selain bayaran untuk lakonan. \rTerpulanglah kepada stesen TV atau production house bersetuju atau tidak dengan syarat itu. Ini kerana tanpa dokumen perjanjian yang sah dan bertulis, adalah sangat sukar untuk membuat tuntutan royalti. \rKita percaya Freddie sangat arif dalam soal royalti kerana sebelum ini beliau adalah bekas Pengerusi Badan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP), sebuah badan yang dipertanggungjawabkan memungut royalti bagi pihak pemuzik dan penulis lirik.  \rMenuntut royalti juga mengambil masa panjang kerana membabitkan isu perundangan sangat rumit. Ini belum lagi kos guaman yang mungkin mahal sedangkan kedudukan kewangan KARYAWAN pun dikhabarkan kurang stabil. Lainlah kalau ada firman guaman yang sanggup membantu KARYAWAN dalam membuat tuntutan royalti ini secara percuma. - [email protected]\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.179354 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list