CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 1

Artis realiti tiada karakter

[Copy link]
Post time 13-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Bakat baru hanya boleh menyanyi, namun gagal bawa lagu luar biasa\rMESKIPUN industri muzik kini mengalami perubahan dengan kelahiran bintang baru melalui program realiti, namun belum ada artis yang mampu membawa karakter tersendiri yang boleh diingati, seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.\r\n\n\n\n\rDatuk Siti Nurhaliza dianggap satu-satunya ikon hiburan yang mampu dibanggakan selepas Sudirman, tetapi sehingga ke hari ini, masih belum ditemui pelapis baru dan muda yang mampu berada sebaris dengan bintang ternama itu.\r\r\n\n\n\n\nBegitupun usaha melahirkan penyanyi dengan karakter berbeza bukan tidak pernah dilakukan. Komposer Aidit Alfian pernah mengubah imej dan muzik penyanyi Elyana, semata-mata bagi melahirkan perwatakan baru dalam diri penyanyi terbabit menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu dan Kalis Rindu. Ia dilihat percubaan yang berani, dalam melahirkan ikon pelapis yang mampu membawa genre berbeza berbanding artis lain.\rPelbagai usaha dan pendekatan digunakan penggiat muzik tempatan bagi mengasah bakat baru agar mempunyai karakter tersendiri yang mampu meninggalkan impak terhadap peminat.\rPenulis Lirik, Ad Samad turut mengaku, dunia hiburan kini semakin dilambakkan dengan kelahiran bintang baru yang hanya boleh menyanyi, tetapi hakikatnya tidak mampu menjadi ikon atau penghibur yang memiliki perwatakan mereka tersendiri.\r“Kita tak ada penyanyi yang ada karakter. Ada banyak lagu yang luar biasa dihasilkan penggiat muzik tetapi tak ada penyanyi yang sesuai untuk membawakan lagu itu. Lihat saja kelainan pada Elyana yang mempunyai karakternya tersendiri, tetapi penyanyi baru kini tidak mempunyai elemen itu. Bakat daripada program TV realiti hanya boleh menyanyi, tetapi tak boleh bawa lagu luar biasa,” katanya ketika ditemui pada acara Cipta Ekspres MACP 2011 di Port Dickson baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rMeskipun banyak lagu dihasilkan komposer yang menepati permintaan stesen radio, namun tidak semua penyanyi boleh menyanyikan lagu terbabit dengan baik\rBahkan untuk menghasilkan lagu buat artis lama juga dianggap agak sukar, memandangkan mereka sudah mempunyai jenama dan label tersendiri, dengan imej dan penampilan masing-masing.\r“Artis lama ini ada perangai atau kerenahnya tersendiri yang sukar untuk dibentuk. Lagipun mereka sudah mempunyai nama dengan karakter dan cara mereka sendiri berbanding artis baru.\r“Trend sekarang pula lebih kepada single berbanding album, kerana masing-masing tak nak menanggung risiko. Kalau buat lagu lain daripada yang lain akan mendatangkan risiko dan stesen radio tak nak mainkan lagu-lagu kita,” jelasnya.\rMenurut Ad yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perlindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP), stesen radio dan televisyen ialah sumber utama royalti penggiat muzik berbanding persembahan.\rOleh yang demikian, penekanan terhadap penghasilan lagu mengikut piawaian atau kehendak stesen radio amat penting supaya lagu yang dihasilkan dapat diputarkan.\r“Radio ada formatnya tersendiri dan kalau kita buat lagu di luar kehendak mereka, susahlah nak masuk radio. Jumlah lagu yang dikeluarkan penggiat muzik lebih banyak daripada radio mainkan.\r“Kalau kita hasilkan lagu dangdut, kena buat lagu yang dapat diterima stesen radio seperti mengubah rentak dan irama agar bersesuaian dengan zaman sekarang,” katanya.\rKomposer, penulis lirik berhak dikenali\rBIARPUN sudah lebih 30 lagu yang pernah dihasilkannya, namun agak sukar untuk menghasilkan lagu hit, dan ia juga banyak bergantung kepada artis yang mampu membawakan lagu terbabit dengan baik.\rMelihat kepada kegigihan dan kesungguhan pencipta dan penulis lirik dalam menghasilkan karya yang bermutu, golongan terbabit dilihat kurang menonjol dan sering berada di belakang tabir.\rDalam usaha MACP untuk memajukan lagi industri muzik, golongan yang bekerja keras mengembangkan idea dalam penghasilan lagu akan turut sama diberikan publisiti seiring dengan golongan artis.\r“Arwah Loloq ada cakap pada saya, masa generasi dia dulu, penulis lirik dan pencipta lagu hanya duduk di belakang tabir dan tidak dikenali, tetapi kini kita kena menonjolkan golongan ini agar dikenali masyarakat.\r“Golongan ini juga ada hak untuk dikenali dan dengan cara ini peminat muzik tempatan akan lebih mengenali mereka. Selalunya, kita hanya nama dan lagu saja, tetapi orangnya kita tak kenal,” katanya.\rMalah golongan terbabit juga tidak digalakkan menganggap setiap lagu yang dihasilkan sebagai maha karya kerana tindakan itu akan memutuskan idea atau penghasilan karya terbaru.\rBahkan, penulis lirik tidak menghasilkan sesuatu karya itu berdasarkan kisah kehidupan peribadi kerana ia dianggap satu perkara yang janggal dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.\r“Kalau kita anggap karya kita itu sebagai maha karya, ia akan memutuskan idea kita untuk hasilkan yang lebih baik daripada itu. Kalau tulis lirik pula, kena hilangkan diri kita dan fikirkan apa yang diperlukan untuk lagu kerana kalau kita tulis mengenai kisah kita, ia akan terperangkap dalam skop kita sendiri,” jelasnya.\rBagi Ad, 42, setiap artis berkumpulan perlu menghasilkan karya mereka sendiri berbanding artis solo kerana cara itu akan memberi impak yang lebih kepada peminat. Lagu yang dibawakan juga ‘sampai’ kepada peminat.\rBahkan, setiap lagu yang dihasilkan akan memberi kelebihan kepada band terbabit, seperti kumpulan 6ixth Sense, yang mempunyai karakter tersendiri dalam lagu yang dihasilkan mereka.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2011 02:46 PM | Show all posts
panjangnye cite......

jenuh aku nak baca.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.042392 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list