View: 219|Reply: 0
|
Dengarnya...: Kelas ilmu untuk artis
[Copy link]
|
|
BERKOBAR-KOBAR Cik Normah menaip kisah aktres yang suka berangan. Sekarang ini nak sejukkan hati Cik Normah dengan kisah yang baik pula. Penatlah nak buat cerita yang jahat, bukan apa, sesak dada dan kepala Cik Normah memikirkan masalah orang lain.\rIni pula mengenai kisah Akhil Hayy. Teman Cik Normah bertemu dengan ‘ustaz rock’ itu pada sebuah majlis baru-baru ini, yang meminta orang media tulis mengenai kelas ilmu yang dianjurkan bersama Sham Kamikaze serta beberapa rakannya yang lain.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun kelas berkenaan dikhususkan untuk artis yang sudah berhijrah contohnya Ameer Munawer dan rakan-rakannya daripada Innuendo, VE dan Ruffedge, serta Irma Hasmie, Wardina atau sesiapa saja. Artis yang belum berhijrah tetapi berhasrat untuk mengikut majlis ilmu agama dialu-alukan juga untuk menyertai kelas terbabit.\r\r\n\n\n\n\nMenurut Akhil, program itu diwujudkan supaya artis dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada kelas berkenaan. Bukan apa, selalunya jika menghadiri kelas yang turut dibuka kepada orang awam, secara tak langsung ada juga yang akan mengambil peluang untuk merakamkan gambar mereka. Jadi bagi memberikan artis ini sepenuh privasi, kelas khas itu diwujudkan. \rAkhil ada beritahu di mana lokasi kelas berkenaan, cuma Cik Normah rasa lebih baik tempat itu dirahsiakan sebab tak mahu nanti ada orang luar datang mengganggu jika tahu lokasinya. \rJadi kepada artis yang berminat, Cik Normah rasa lebih baik menghubungi Akhil Hayy sendiri untuk bertanyakan maklumat lebih lanjut. Cik Normah berharap, lebih ramai artis muda akan ikut serta. Tak kisah walau tak berhijrah sekalipun, asalkan ada niat untuk berbuat kebaikan pun sudah memadai.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|