CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

Dengarnya...: Farhan tunggu risikan si dia

[Copy link]
Post time 21-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEJAK beberapa hari kebelakangan ini, Cik Normah perasan, banyak pula kenduri kahwin selebriti yang berlangsung. Tidak kiralah nama yang sudah popular ataupun wajah baru, masing-masing pakat memilih bulan ini untuk menamatkan zaman bujang. Daripada Nurul Syuhada, Farah AF hingga ke Rini, semuanya pakat berkahwin beberapa hari lalu.\rOh ya, beberapa hari sebelum itu, Tomok juga sudah pun naik pelamin bersama kekasihnya, Siti Rahayu Abas.\r\n\n\n\n\rCik Normah dengar cerita, seorang lagi artis AF, siapa lagi kalau bukan si pemilik suara lunak, Farhan, pun bakal mengikut jejak langkah rakan-rakan artis yang baru saja mendirikan rumah tangga. \r\r\n\n\n\n\nKetika ini, khabarnya Farhan sedang menunggu si dia masuk merisik. Kalau tidak silap Cik Normah, buah hati pengarang jantung penyanyi ini ialah seorang jejaka Malaysia yang baru saja menamatkan pengajiannya pada peringkat sarjana di United Kingdom.\rDaripada angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa di tepi jendela rumah, Cik Normah dapat cerita mengatakan, kalau boleh Farhan tidak mahu bertunang, sebaliknya biarlah ikatan antara mereka dipateri terus oleh ikatan perkahwinan.\rAngin itu juga menyampaikan khabar, Farhan teringin untuk mengadakan majlis perkahwinannya itu pada 21 Ogos tahun depan, bersempena hari lahirnya yang ke-28. \rKiranya, waktu itu memang waktu orang ramai bercuti raya. Jadi, senanglah sanak-saudara dan sahabat handai datang memeriahkan acara. Paling lewat pun, majlis perkahwinannya akan tetap diadakan pada penghujung 2012.\r\n\n\n\n\rBaguslah tu Farhan, kalau sama-sama sudah berkenan, eloklah perkara yang baik dipercepatkan. Cuma pesan Cik Normah, kalau kad undangan siap nanti, jangan lupa layangkan sekali buat Cik Normah dan teman-teman di Berita Harian.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.372508 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list