|
Razali juara pertama Bakat TV RTM selepas program ini diadakan semula \rTUAH kulintangan buatan sendiri hasil kreativiti peserta dari Beaufort, Sabah Razali Abd Rahim memberi tuah pada dirinya apabila dinobatkan sebagai Juara peringkat akhir Bakat TV terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri, Selasa lalu.\r\n\n\n\n\rSelepas 26 tahun Bakat TV tidak muncul di TV iaitu kali terakhir pada 1985, Razali adalah produk terbaru RTM yang dilahirkan menerusi pertandingan bakat bagi kategori permainan alatan muzik solo.\r\r\n\n\n\n\nJejaka berusia 26 tahun ini mula bermain peralatan tradisional Sabah itu sejak berusia 10 tahun dan mengakui bakat semula jadi yang dimilikinya itu diwarisi dari generasi datuknya.\rDek kerana terlalu taksub dengan peralatan muzik yang dilihat cukup sebati dengan dirinya, Razali berusaha mencipta sendiri alatan kulintangan peribadinya.\rDitemui pada sidang media sebaik Malam Kemuncak Inspirasi Bakat TV berakhir, dia kelihatan masih khayal dengan kemenangan dan mengakui masih tidak percaya dengan pengumuman dirinya sebagai juara.\r“Saya masih gugup dan tidak percaya dengan kemenangan yang saya miliki ini. Boleh dikatakan kemenangan ini adalah tuah kulintangan yang dibuat sendiri pada tahun 1998 sebagai alat muzik peribadi kesayangan saya.\r\n\n\n\n\r“Kemenangan ini juga adalah yang ketiga sejak pembabitan saya dalam permainan kulintangan. Kali kali pertama menyertai pertandingan antarabangsa World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, California pada 2008, saya menang pingat emas dan pada tahun ini juga saya menang pertandingan di Festival World Music Rainforest di Sarawak,” katanya.\rGraduan Diploma dalam bidang muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu turut merangka perancangan untuk memperluaskan lagi bidang muzik tradisional itu ke peringkat lebih tinggi.\r“Saya berniat untuk membuka kelas permainan alat muzik kulintangan. Harapan saya muzik kulintangan ini terus subur di dalam dunia muzik hari ini. Generasi barulah yang seharusnya menjaga khazanah yang dilihat semakin pupus ini.\r“Dengan wang kemenangan ini juga saya berhajat untuk buat peralatan kulintangan baru. Memang sudah lama saya impikan untuk mendapat peralatan baru tetapi kosnya mahal,” katanya yang juga mengimpikan dapat mengiringi persembahan Datuk Siti Nurhaliza.\rSebagai juara, Razali menerima wang tunai RM20,000, trofi dan barangan iringan. Dia juga diumumkan pemenang Bakat Paling Popular yang memperoleh wang tunai RM10,000 serta trofi.\rTempat kedua dimenangi peserta berkumpulan, PUTERA yang dianggotai empat anak muda. Mereka memilih bakat nyanyian berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.\rEnam kanak-kanak cilik yang menggelarkan diri mereka kumpulan Warisan Seni Negeri Sembilan berjaya menambat hati juri dengan menggenggam trofi tempat ketiga berserta wang tunai RM10,000.\rMalam Kemuncak Bakat TV yang disiarkan secara langsung menerusi TV2 turut disertai lima lagi peserta yang turut hadiah sagu hati iaitu masing-masing menerima wang tunai RM5,000. Mereka ialah Fariz Zack dan Christoper Aban selain tiga peserta solo iaitu Stop Reverse Crew, No Noise dan Muzstarz-E.\rBakat yang dipersembahkan juga berbeza di mana dua mempertaruhkan alat muzik solo, silap mata, tarian berkumpulan, alat muzik berkumpulan dan nyanyian komedi berkumpulan.\rSetiap persembahan peserta diadili juri profesional diketuai Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, guru vokal, Siti Hajar Ismail; uru tari, Pat Ibrahim; pelawak, Os dan pemuzik, Eddy Kirmilardy.\rMalam kemuncak Inspirasi Bakat TV turut diserikan dengan artis jemputan yang membuat pelbagai persembahan seperti Saiful Apek, Azlan & Typewrite, AR Badul, Wakaka Crew dan Iskandar Kalyubi.\rSemua hadiah disampaikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian Malaysia (KPKK), Datuk Seri Dr Rais Yatim. Malam kemuncak Bakat TV ini turut dihadiri Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamarudin Siaraf dan Ketua Pengarah RTM, Datuk Norhayati Ismail.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|