CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

Tak kisah dianggap jelmaan

[Copy link]
Post time 25-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Rozainie akui A Ramlie tinggalkan pengaruh besar dalam hidupnyaDILIHAT pada wajah, karektor dan gaya percakapannya memang A Rozainie seperti lebih tua daripada umur sebenarnya iaitu baru 24 tahun. \rMungkin terlalu terikut-ikut dengan gaya dan personaliti bintang pujaannya iaitu penyanyi terkenal tahun 60-an, A Ramlie. Hakikatnya, suara Rozainie memang sama atau hampir dengan bekas vokalis kumpulan The Ryhtms Boys yang terkenal dengan lagu Oh! Fatimah. \r\n\n\n\n\rMungkin dia terlalu cepat matang kerana status dirinya iaitu duda kepada seorang anak perempuan berusia empat tahun. \r\r\n\n\n\n\nDan, biar apapun anggapan orang mengenai gaya penampilan serta tutur katanya,  dia sendiri memang tidak ambil kisah. Lagipun memang itulah matlamat sebenar Rozainie agar dikenali sebagai penyanyi yang terus menghidupkan lagu-lagu popular zaman 60-an.\rMelihat aksinya di pentas Istana Budaya dalam pementasan teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an dengan mendendangkan lagu-lagu A Ramlie, tidak keterlaluan untuk mengatakan Rozainie dianggap sebagai jelmaan penyanyi itu.\rAda juga sebab mengapa dia dianggap sebagai klon A Ramlie dari segi gaya penampilan dan vokalnya kerana Rozainie sendiri memang dibesarkan di dalam oleh keluarga Allahyarham A Ramlie sejak kecil lagi. Meskipun hanya anak angkat, Rozainie bangga apabila dikaitkan dengan A Ramlie meskipun tiada pertalian darah.\r\"Saya mula menyanyi ketika usia 15 tahun atas tunjuk ajar adik beradik arwah yang melihat bakat saya dalam membawakan lagu-lagu sebegini. Selain lagu 60-an, saya juga menggemari lagu ghazal dan asli. Keluarga arwah banyak bagi dorongan kepada saya,” katanya.\r\n\n\n\n\rTampil dengan album pertama berjudul Rentak Warisan sekitar tahun 2007, Rozainie ingin terus menghidupkan lagu-lagu era 60-an dan 70-an  selepas album kedua dan ketiganya, Jelmaan A Ramlie dan Fatimah Pujaanku.\rMalah, Rozainie juga ingin merakamkan semula lagu-lagu era 70-an dan 80-an A Ramlie yang diberi nafas baru dengan susunan semula muzik dan rentak untuk album keempatnya nanti.\rWalaupun rakan-rakan seusia dengannya memilih lagu-lagu moden dan bersesuaian dengan usia mereka, namun bagi penyanyi yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan ini, biarlah dirinya meneruskan legasi A Ramlie. \rKarektor saya memang macam ini, bukan buat-buat, malah imej saya dekat luar pun macam ini, sebab saya dari kecil memang sudah didedahkan macam A Ramlie. \r\"Kawan-kawan selesa berkawan dengan saya kerana mereka berasakan diri saya matang dan boleh berfikir lebih rasional,” jelasnya.\rBakat Rozainie dikenali dikalangan sektor korporat dan sering diundang membuat persembahan termasuk di majlis anjuran agensi kerajaan, malah pernah diundang membuat persembahan di konsert Diraja. Rozainie juga turut mengusahakan kedai runcit secara kecil-kecilan.\r\"Bulan depan mula rakam lagu, untuk album keempat. InsyaAllah selepas Hari Raya, album itu siap. Ada 10 lagu termasuk empat lagu baru.\r\"Saya tak fokuskan pada nyanyian saja tetapi turut berjinak-jinak dalam bidang penulisan lirik dan skrip teater kerana saya minat walaupun tak berpeluang untuk beraksi di pentas teater,\" katanya.\rKecewa dengan PAPITA\rWalaupun sudah lapan tahun terbabit dalam nyanyian dan menjadi ahli Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (PAPITA), Rozainie atau nama sebenarnya, Roszaini Razalli terkilan dengan persatuan itu yang tidak mengundangnya setiap kali mesyuarat diadakan.\rMalah, dia menganggap dirinya disisihkan PAPITA mungkin disebabkan usianya masih muda dan dianggap kurang matang untuk terbabit dalam mesyuarat ahli.\r\"Ada yang cakap ahli biasa tak patut terbabit, apabila mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) diadakan, saya tidak dipanggil.\r\"Saya terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat kerana saya tak ada setiap kali mesyuarat jadi tak tahu apa yang diputuskan,\" katanya. Bukan itu saja, Rozaini turut mendakwa tidak diundang untuk mengadakan persembahan dalam majlis yang diaturkan oleh PAPITA.\r\"Saya tak pernah tetapkan bayaran cuma kadang-kadang pembayaran dibuat tidak sama rata, malah saya sering diabaikan PAPITA. Mungkin sebab saya banyak buat persembahan dengan kerajaan jadi sering diketepikan dengan alasan boleh buat duit sendiri sedangkan saya ahli, jadi saya punya hak untuk turut serta,\" terangnya.\rBagaimanapun, dia menyanjung tinggi sokongan yang dberikan oleh kebanyakan penyanyi angkatan tahun 60-an dan 70-an seperti Datuk Jeffrydin, Datuk Ahmad Jais dan S Atan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.085890 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list