CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 1

Aksi mantap Lefthanded, MAY, XPDC

[Copy link]
Post time 25-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
KEBANGKITAN muzik rock kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Bahangnya dirasai di mana-mana, terutama apabila stesen radio kerap menyiarkan lagu-lagu rock daripada pelbagai genre yang pernah popular pada era 80-an hingga lewat 90-an.\rBagi generasi muda, menikmati muzik rock yang dimainkan oleh Sweet Charity, Search dan Wings sesuatu yang baru. Hakikatnya kumpulan rock yang pernah wujud dan tidak kurang hebatnya suatu ketika dulu, bukan sekadar tiga nama itu sahaja. \r\n\n\n\n\rLefthanded, MAY dan XPDC antara band yang mewarnai kemeriahan muzik rock. Mereka pun tidak kurang hebatnya, baik pada lagu, persembahan di pentas, malahan sokongan daripada peminat. \r\r\n\n\n\n\nMemang tidak menghairankan begitu kencang degupan jantung dapat dirasai, bahkan bagai hendak pecah gegendang telinga sebaik mendengar alunan muzik rock yang menggabungkan Lefthanded, May dan XPDC menerusi Konsert 3 Gegaran.\rSudah lama peminat merindui atau mahu menyaksikan konsert rock penuh bertenaga, terutama membabitkan gabungan kumpulan lagenda yang sama-sama membawakan muzik aliran ‘heavy metal’. \rApapun Konsert 3 Gegaran - Lefthanded, May dan XPDC di Studio 2, Sri Pentas di Plaza Alam Sentral, Shah Alam memang meninggalkan kesan yang cukup padu, membuktikan mereka serasi apabila berkongsi pentas.\rKemuncaknya, tiga kumpulan rock ini bersatu menyanyikan lagu keramat daripada Deep Purple iaitu Smoke On The Water membuatkan suasana dalam studio cukup gamat. \r\n\n\n\n\rKehadiran peminat rock yang memenuhi Studio 2 juga terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Sesetengahnya ada yang belum lahir atau baru dilahirkan ketika ketiga-tiga kumpulan rock itu di puncak kegemilangan. \rNamun begitu, daripada riak muka dan penerimaan penonton, ternyata lagu rock daripada Lefthanded, MAY atau XPDC mudah cair dan larut dalam sanubari masing-masing sedangkan lagu yang dinyanyikan oleh ketiga-tiga band itu sudah lebih satu atau dua dekad dinyanyikan. \rKekuatan, kelebihan dan keistimewaan muzik rock pada rentak muziknya. Suasana jadi bingit apabila Man Kidal dari Lefthanded atau Nasir (May) dan Izo (XPDC) ‘menggoreng’ gitar masing-masing. Begitu juga dengan deruman dram yang digabungkan dengan bunyi gitar bass daripada setiap kumpulan ini. \rBagi peminat yang pernah sama-sama melalui era kegemilangan muzik rock, sudah tentu apabila mendengar lagu Debunga Wangi, Dari Kaca Mata, Tiada Lagi Kidungmu atau Cintamu Mekar Di Hati sudah tentu dapat mengimbau nostalgia kehangatan era ‘rock kapak’ yang cukup gah pada tahun 80-an dan 90an. \rItulah hakikat konsert daripada tiga band ini yang masing-masing sudah berusia lebih 20 tahun dalam industri itu, apabila mereka dapat mengembalikan kegemilangan di zaman rock kapak bersama barisan lagu berhantu dengan tersendiri.\rGabungan bukan idea baru\rSebenarnya gabungan ini adalah kali pertama berlaku sepanjang tempoh perjuangan mereka mengangkat muzik rock tanah air. Jika ada sekalipun ia tidak membabitkan tiga kumpulan ini.\rMenurut Nash yang juga vokalis Lefthanded, pernah suatu ketika idea itu disuarakan untuk menggabungkan mereka tetapi impian itu tidak kesampaian kerana masalah penajaan.\r“Gabungan ini suatu yang terbaik apabila masing-masing sudah lama dalam industri muzik dan sama-sama membawakan muzik rock. Sudah lebih 15 tahun kami tidak berkongsi pentas bersama dan gabungan ini juga boleh dikatakan bertepatan kerana kami masing-masing masih relevan  dalam industri,” katanya yang ditemui sebaik rakaman Konsert 3 Gegaran berakhir.\rPada konsert itu selain Nash, Lefthanded bersama barisan anggota asal seperti Man Kidal, Yan, Man Dayak, Firdaus dan Arab menyampaikan tiga lagu ‘berhantu’ mereka iaitu Debunga Wangi, Ku Di Halaman Rindu dan Tiada Lagu Kidungmu.\rKebanggaan juga dapat dilihat dari mata vokalis May iaitu Mus yang tidak pernah menduga akan berlaku gabungan tiga kumpulan yang suatu masa lalu pernah menjadi idola setiap peminat rock tanah air.\r“Kami sangat menunggu gabungan ini. Walaupun banyak mendapat persembahan, namun menggabungkan kami pada hari ini memang tidak pernah di duga. Kami tidak terfikir akan gabungan ini. Ia akan meninggalkan impak lebih besar apabila rakaman konsert ini siarkan di TV.\r“Ini berbeza apabila kami mengadakan konsert di luar yang hanya dapat dirasai bahangnya di sekitar tapak konsert itu saja,” katanya yang mengharapkan akan berlaku kesinambungan konsert itu dalam skala yang lebih besar selepas ini.\rSelain Mus, May yang masih memiliki anggota asal mereka seperti Sharip (dram), Nasir (gitar) dan Mohktar (bass) menyampaikan lima lagu seperti Hakikat Perjuangan, Dari Kacamata, Pelayaran, Cintamu Mekar Di Hati dan Sinar.\rBegitu juga dengan XPDC yang merasakan gabungan menerusi Konsert 3 Gegaran itu satu pertemuan di atas pentas kembali selepas agak terlalu lama tidak menemui rakan seperjuangan MAY dan Lefthanded.\r“Memang kami terkejut dengan tawaran mengadakan Konsert 3 Gegaran kerana inilah peluang untuk kami berjumpa semula kumpulan lagenda rock seperti Lefthanded dan May. Konsert ini secara jujurnya melakar satu kenangan manis buat kami sepanjang perjuangan kami di dalam industri muzik hampir 21 tahun.\r“Menerusi konsert ini juga saya sangat berharap dapat mengadakan kembali konsert 3 Gegaran ini dalam skala yang lebih besar di luar studio,” kata Mael, vokalis kumpulan ini. Pada konsert itu, XPDC ‘menggigit’ peminatnya dengan lagu Selendang Merdeka, Apa Nak Dikata, Talam Dua Muka dan Hidup Bersama. \rMuzik rock tidak akan ‘mati’\rKonsert 3 Gegaran adalah antara program menarik yang bakal disiarkan di TV3 istimewa pada Aidilfitri nanti.\rPenerbitnya, Khalijah Mohamed menegakkan pendirian bahawa konsert itu diadakan untuk memberi perbezaan daripada konsert yang pernah diterbitkan TV3 sebelum ini.\r“Lebih-lebih lagi ia lebih relevan apabila peminat sekarang kembali mencari lagu lama untuk hiburan mereka. Jadi kami memilih konsert rock yang dilihat muzik ini tidak pernah mati sampai bila-bila,” katanya.\rKonsert 3 Gegaran cukup bertuah kerana dapat menghimpunkan kembali anggota asal setiap kumpulan yang mengadakan persembahan itu.\r“Persembahan mereka tetap bertenaga walaupun sudah agak lama tidak muncul di televisyen. Menariknya rakaman konsert yang diadakan ini sengaja tidak diganggu oleh pemotongan sekiranya berlaku kesilapan, kami mahu mereka ‘enjoy’ ketika mengadakan persembahan dan ia berjalan dengan cukup lancar sekali,” katanya. \rKonsert 3 Gegaran ini akan disiarkan pada 4 September (Hari Raya ke-6), jam 5 petang.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2011 04:06 PM | Show all posts
ooooooooooooooooooooooooooooo bila la nak wat konsert besar2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.491788 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list