View: 139|Reply: 0
|
Dokumentari Palestin sepanjang Ramadan
[Copy link]
|
|
Mengupas sejarah dan fakta mengenai bumi yang jadi rebutan tiga penganut agamaSEJAK dilancarkan tiga tahun lalu, dokumentari bersiri Palestin-Bumi Para Anbiya’ terus kekal sebagai program santapan ilmu dan rohani kepada penonton sepanjang bulan Ramadan nanti di Astro Oasis (saluran 106). \rDokumentari yang memaparkan kisah nabi di bumi Palestin itu menceritakan keagungan bumi yang kini menjadi tempat pertumpahan darah rakyat Palestin di bawah kuasa rejim zionis Israel.\r\n\n\n\n\rPenggambaran selama dua bulan sejak April lalu itu akan membawa penonton menyorot kembali sejarah bumi Palestin sejak dari zaman Nabi Ibrahim.\r\r\n\n\n\n\nDokumentari yang diterbitkan SNR Multitech Sdn Bhd ini berpandukan fakta sebenar yang dijelaskan dalam al-Quran, kitab Injil dan kajian daripada pakar sejarah tempatan dan antarabangsa.\rMenurut Pegawai Eksekutifnya, Shahool Hameed Mohd Meerah, dokumentari yang akan bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan itu berlainan daripada Jejak Rasul terbitan TV3.\r“Dokumentari ini mengupas secara mendalam dan komprehensif mengenai Palestin yang menjadi antara tempat yang diberkati Allah di mana ia mempunyai kedudukan istimewa bukan saja di sisi agama Islam, malah suci kepada penganut agama agama Kristian dan Yahudi sehingga menjadi rebutan.\r“Kita mengambil masa lama untuk menerbitkan dokumentari ini kerana memerlukan rujukan dan kajian daripada semua sudut termasuk pakar agama bagi menunjukkan fakta yang sebenar,” katanya.\r\n\n\n\n\rMengakui sukar untuk menerbitkan program sebegini kerana pelbagai halangan dan sekatan yang dihadapi tujuh krew produksi terbabit, namun mereka bertekad untuk memaparkan yang terbaik buat penonton.\rJika program seumpamanya memaparkan kisah nabi yang lebih kepada bentuk traverlog, dokumentari ini lebih memaparkan mengenai pembentukan Palestin melalui sejarah dan penduduknya.\r“Walaupun kita tidak dapat berhijrah ke Palestin, namun kita dapat memberi gambaran sebenar bumi Palestin dalam bentuk visual kepada penonton. Selain itu, kita turut menggunakan elemen ilustrasi, grafik, penceritaan dan rujukan para sejarah tempatan dan antarabangsa.\r“Kita cuba cari kelainan daripada program sedia ada agar paparan kita tidak dianggap serupa dengan program yang ada kerana kita nak penonton hayati apa yang kita nak paparkan,” jelasnya.\rSetiap rujukan yang dibuat berpandukan kepada al-Quran walaupun melihat dari sudut Injil dan Talmud bagi menyelidik kesahihan sebenar bumi Palestin.\rBagi Pengarah Teknikal dokumentari itu, Abdul Razak Kassim, pelbagai dugaan ditempuhi krew yang terbabit termasuk disekat daripada memasuki Gaza.\r“Kami berharap usaha kami ini untuk memberi paparan sebenar tentang bumi Palestin akan menarik minat penonton sebagai renungan dan pendedahan bersama.\r“Insya-Allah kalau ada peluang dan diterima penonton, dokumentari ini akan ada sambungannya kerana banyak lagi kisah dan cerita yang akan dikupas sejak zaman nabi sehingga kini,” jelasnya.\rDokumentari yang dilancarkan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim baru-baru ini diharap dapat membuka mata semua pihak di Palestin yang ditindas Israel sejak lebih 63 tahun lalu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|